Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Minggu, Desember 31, 2000

KUCING DALAM LOKAP
Suatu hari rakyat yang bermaustatin di lokap Bukit Aman mengeluh kerana keadaan dalam lokap tidak bersih. Dr.M ingin menunjukkan keprihatinannya dan beliau menjemput media asing bersama-sama membuat lawatan ke lokap. Dalam lawatannya di bilik lokap no. 14, beliau amat terperanjat kerana ada dua ekor kucing dalam bilik tersebut. Dr. M memarahi warden lokap, "Awat hang biaq kucing masuk lokap ini? Hang tak kawal dengan betul ke?" Warden menjawab,"Dato' Seri, ini kucing-kucing kepunyaan Pak Sheikh. Bukankah tuan juga yang memerintah agar Kumpulan Serangan Gerak Khas memberkas SEMUA mereka yang berada di rumah Pak Sheikh?!"

TAHI diadaptasi dari tulisan Saari
YB Mahat adalah bekas jaga yang menukar kerjaya jadi calun BN dan menang. Untuk menunjukkan beliau prihatin, beliau pun melawat kawasan kampung orang asli yang telah memilihnya. Tengah2 jalan tiba2 beliau berhenti mengejut. Terperanjat orang-orang asli yang menyambutnya. YB itu tilik satu bende.Beliau perhati benda tu macam tahi lembu. Baunya pun macam tahi lembu.
Beliau colek dengan jari dia. Beliau rasa lembik. Kata hatinya 'macam tahi'. Beliau tak puas hati, dijilatnya benda tu.
Beliaupun kata "Sah! memang tahi lembu." Beliau pun melangkah perlahan-lahan mengelak tahi lembu itu. Beliau pun berucap kepada orang asli di situ, 'Mujur saya tidak terpijak tahi lembu'.

SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG
Suatu hari Dr. M menelefon Bukit Aman dari London. Katanya, "Aku nak hang tangkap semua geng Si Janggut. Aku tak mau bila aku balik sat ni, depa tunjuk perasaan kat airport. Dan suruh penyokong-penyokong aku sambut kepulangan aku." Ketua Polis pun mengerahkan semua orang-orangnya menjalankan tugas dengan segera.Bila Dr. M balik dari London dan mendarat di lapangan terbang, dia pun bertanya kehairanan pada Ketua Polis. "Aik! Mana pi semua penyokong aku? Selalunya depa ramai dok sambut aku dengan kompang." Ketua Polis pun menjawab dengan tegas sambil memberi tabik hormat, "Tuan! SEMUA rakyat Malaysia telah ditahan dan dikurung di Bukit Aman dibawah akta ISA, seperti yang diarahkan, kerana menyokong Anwar. Kalau tuan tidak keberatan, saya pun hendak ke sana untuk mengurung diri saya sendiri."

ANALISA PSIKO SURAT PEMINAT LAWAK TANPA PERMIT
Baru-baru ini seorang peminat ruangan ini telah menulis surat kepada kami. Unit Psikologi kami telah memproses surat tersebut untuk dianalisa. Berikut adalah hasilnya. Yang bertanda ">" adalah tulisan peminat manakala "*" adalah ulasan pihak Unit Psikologi kami.
------------------------------------
Saudara Harimau Jadian,
>GUNAKANLAH akaL
Tajuk karya penulis e-mail sudah cukup sensasi lagi dinamik. Penulis mengakui kebolehan Harimau Jadian berjenaka tanpa menggunakan akal.

>OI
Penulis memulakan provokasi dengan mempertabatkan Harimau Jadian sebagai "OI." Ini menunjukkan kesediaan penulis untuk bertarung dengan penulis secara berdepan tanpa selindung lagi.

>SAYA SEORANG MAHASISWAS BERPENDAPAT LAWAK-LAWAK KAMU TERLALU
Huruf besar pada tulisan pengantar e-mail menunjukkan beliau seakan-akan menjerit meminta diberi perhatian yang sewajarnya oleh Harimau Jadian. Bagi membuktikan beliau adalah seorang yang bijak, beliau membuat pengakuan bahawa beliau adalah seorang mahasiswa. Pengunaan kata berganda "LAWAK-LAWAK" menunjukkan beliau telah mengkaji & mentelaah hasil karya Harimau Jadian dengan mendalam. Hujah-hujah beliau dibuat berdasar bacaan pada bukti-bukti yang tersiar sebelum ini. Namun begitu kelalaiannya dalam ejaan MAHASISWAS dan MAFF menunjukkan sikap seorang cendiakawan yang emosi dan tergesa-gesa.

>BODOH
Penulis mendefinisikan "lawak bodoh" sebagai "lawak caci." Definisi ini bertindak sebagai serampang dua mata, sebagai mengambarkan perasaan amarahnya yang meluap dan juga kata-kata yang mencaci Harimau Jadian. Penulis mengharap Harimau Jadian akan tersentak dan seterusnya merasa kecewa dengan definisi itu. Perkataan menunjukkan kebolehan penulis menarik balik kata-katanya yang keras dan kemudian menonjolkan imej baru sebagai seorang yang bersopan. Namun, kegagalan mengeja MAAF dengan betul terus menjadi tema karya penulis. Mungkin beliau tidak ikhlas. Simbol pilihan penulis iaitu <> untuk mengurung perkataan MAFF pula, menunjukkan kemampuannya penulis dalam bidang HTML dan ilmu komputer yang lainnya.

>TAPI BENAR-BENAR TAK MASUK AKAL KADANG KADANG
Penulis mempunyai ketajaman akal yang tinggi namun begitu beliau tidak mahu melihat lebih dari apa yang boleh dicapai oleh akal beliau. Penulis bergantung 100% kepada bukti-bukti empirikal. Kelemahan inilah yang terus menjadi duri dalam daging dalam usaha-usaha beliau untuk mencari kebenaran yang hakiki. Mungkin juga akal penulis terlalu kecil untuk memuatkan karya besar Harimau Jadian.

>kALAU NAK LAWAK BIRALAH LOGIK SIKIT
Di sini penulis lupa bahawa beliau sudah menekan butang "Caps Lock," lalu beliau telah menekan "SHIFT" untuk menunjukkan keghairahan beliau untuk mengeja "KALAU" dengan huruf besar seolah-olah memberi amaran terakhir kepada Harimau Jadian. Nampaknya sekali lagi kegopohannya menyebabkan beliau terlupa cara mengeja "BIARLAH" dengan betul. Ketaksubannya kepada pemikiran sains tulin ditunjukkanlagi melalui perkataan "LOGIK." Pada peringkat ini penulis mendedahkan fahaman de Bono yang beliau pegang.

>MEMANG BEST MAU LAWAK CACI..TAPI BIARLAH MASUK AKAL
Penulis merestui kenikmatan mencaci sambil berlawak seolah-olah nikmat itu pernah beliau rasai dalam masa yang terdekat. Namun begitu beliau tidak merestui cacian yang tidak dicapai oleh akal beliau.

>SAYA HARAP MASA AKAN DATANG KAMU TAKKAN HANTAR LAWAK BODOH KEPADA SAYA
Satu perhubungan cinta & benci terhadap lawak bodoh wujud dalam diri penulis yang penuh konflik seperti mana seseorang yang mengatakan cili padi itu pedas tapi masih mahu diratah jua. Beliau tidak suka akan serangan Harimau Jadian namun masih jua
melanggan kepada jurus-jurus hebat Harimau Jadian.

>SAYA HARAP BOLEH DAPAT LAWAK BERNAS SIKIT
Penulis mengharapkan Harimau Jadian insaf dan seterusnya berpaling ke pangkal jalan. Penulis percaya Harimau Jadian mempunyai kebolehan tinggi untuk membentangkan persembahan yang mengeletek ketiak seperti setaraf dengan lawak-lawak di RTM. Jika diasah bakatnya, mungkin Harimau Jadian boleh mendapat gelaran dato seperti Dato' M. Daud Kilau dan Dato' Mansor.

>JANGANLAH JADI ORG MSIA YG DUNGGU TAPI YG CERDAS SIKIT YAR
Penulis mengakhiri kata-katanya seperti satu pasukan boria iaitu dengan nasihat sebagai bekalan. Beliau menyeru Harimau Jadian supaya tidak DUNGGU, contohnya sebagai rakyat yang tahu mengejaperkataan DUNGU. Perkataan asing, "YAR" mendedahkan pengaruh & betapa minatnya penulis dengan filem India terutama sekali filem Hindustan lakonan Shah Rukh Khan. Pengaruh filem Hindi ini dapat dilihat melalui hidung Perdana Menteri pujaannya.

>THANKS
Beliau menyelitkan perbendaharaan kata Inggeris bermaksud terimakasih sebagai mempertengahkan unsur peradaban yang tinggi dari pihak beliau. Ini juamenggambarkan unsur pendidikan Barat dalam hidupnya.

>CHEERS
Seolah-olah mengangkat gelas minuman beralkohol beliau menyuarakan rasa puashati dengan karyanya. Kesan yang mendalam ini terus dijiwainya sebagai seorang pejuang yang berjaya mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara tercinta.

[Rentetan dari teguran peminat ini, Harimau Jadian telah merasa insaf dan kembali ke pangkal jalan. ;) ]

Sabtu, Desember 23, 2000

PERUTUSAN HARI RAYA DARI PUTRAJAYA
Bersempena ketibaan Syawal ini, saya sebagai Dato Seri serta Datin Seri, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Puasa kepada semua rakyat jelata berbilang bangsa.

Hari Raya ini rakyat digalakkan ziarah-menziarahi. Datanglah beramai-ramai ke mahligai kami tapi pastikan anda mengesat kasut sebelum masuk. Al-maklumlah, lumpur-lumpur sawah mana layak pijak karpet dan mozek kami. Kalau kru TV dan press hadir, anda akan berpeluang bersalaman dengan kami. Jika tidak, anda akan berpeluang bersalaman dengan orang gaji kami.

Dalam merayakan lembaran ini masih ada rakyat Malaysia yang masih ingin menziarahi ...apa nama...bekas timbalan saya, saya minta maaf kerana tidak dapat benarkan melainkan keluarganya. Tapi jangan risau apabila orang suruhan saya berjaya cari jalan untuk meracun beliau tanpa pengetahuan ramai, mereka bolehlah menziarah kubur beliau. Negara kita tidak akan mencapai wawasan 2020 selagi rakyat masih mengharap kepada bekas timbalan itu.

Di satu syawal ini, Beta…ops..saya juga mahu nasihatkan semua supaya menjauhi mercun dan meriam buluh. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanya saya restui jika adik-adik masuk pDr.M. Anggota polis dan FRU digalakkan main water canon, tear gas dan pistol-pistolan jika perlu. Sesungguhnya tugas mereka mulia dalam menentang penjajah orde baru, pengkhianat negara, komunis baru, dan juga suara-suara pembangkang. Kita tidak mahu negara kita dipenuhi orang yang tidak hormatkan parti pemerintah(Diam sekejap). Mereka tidak habis-habis memperjuangkan hak asasi yang tidak sesuai di Malaysia (Tunjuk muka sebak). Tidakkah mereka tahu keadilan dan negara Islam yang mereka laungkan melanggar budaya dan kontrak sosial. (Tangisan diikuti dengan tepukan)

Ekonomi negara yang lembab ini perlu dijana melalui pengaliran wang secara aktif di dalam negara. Aidilfitri ini memberi peluang untuk kita membantu negara. Pandulah kereta melebihi hadlaju untuk membantu kutipan wang saman. Gunakanlah lebuhraya bagi membantu kutipan tol. Saya juga sudah bagi bonus untuk anda MegaShopping. Bagi pihak kami anak beranak dan kroni, kami baru saja memulakan raya shopping dengan membeli MAS & LRT.

Akhirkata, saya mohon maaf zahir batin kepada semua ulama yang saya hina, orang berpendidikan pro-Inggeris seperti saya dan mereka yang berpendidikan pro-Islam tidak boleh duduk sebumbung. Saya susun sepuluh jari kepada keluarga Anwar, apa boleh buat saya tidak suka orang lain lebih popular dari saya. Ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada Suqiu, hanya dengan meniup setimen Melayu dan Anti-Cina saya harap Melayu kembali sokong UMNO. Kepada semua rakyat Malaysia, halalkanlah duit yang saya gunakan untuk selamatkan syarikat anak dan kroni saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jumat, Desember 22, 2000

BAHASA JIWA BANGSA

Ladies & Gentlemen inilah perbezaan dulu, kini dan selamanya,
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman diraja. B pula zaman sekarang dan C pula cara perbualan budak2 remaja zaman sekarang.


1
(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb.

2
(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babi punyer budak!

3
(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba...akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
(C) Beb....wa takmu jiwa-jiwa sama lu...tapi wa suah cintan rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong ..plse ahhhhh.

4
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

5
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.

6
(A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran...maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda....jgn memain dgn aku hah.

7
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siol!

8
(A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan
(B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?
(C) Oi! What cork are u talking about?...say poply ahh!


Kamis, Desember 21, 2000

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 19 of 75
HANDPHONE
Seorang bekas tukang kebun yang menjadi calon BN pada Pilihanraya 1999 telah berjaya mendapat pangkat YB melalui sogokan kepada pengundi & pengundi hantu. Berikut adalah perbualan beliau dengan salah seorang ANAK PENYOKONG BN yang baru meninggal dunia.

YB: Sekarang aku dah menang. Nah! Ambil handphone yang aku janjikan pada ayah kau.
ANAK PENYOKONG: Ayah saya baru meninggal dunia, tidak dapatlah dia merasa pakai handphone ni.
YB: Aku mahu kau tanam handphone ni bersama mayatnya.
ANAK PENYOKONG: Eh..dalam kubur ada "line" ke YB?!
YB: Celcommmmmm.
ANAK PENYOKONG: (Dalam Hati) Apasal bapak aku sokong calon camni?!

------------------------------------------------------------------
BLACK HUMOR
Anwar gives black humour as witness
KUALA LUMPUR, Feb 8 1999(Reuters) - Sacked Malaysian finance minister Anwar Ibrahim brought black humour to the witness box at his criminal trial on Monday, drawing laughter from the gallery and a caution from the judge.

Looking relaxed as the first defence witness, with the questioning in led by his counsel, Anwar laced his testimony with jokes that helped reduce tension in the packed High Court.

Asked at the start of his testimony about his house address, Anwar smiled and said, ``Sungai Buloh Prison.''

He then listed his previous jobs since 1982 and said his last big
appointment was his elevation to deputy prime minister.

``1993, deputy prime minister, now jobless,'' he said, to which Judge
Augustine Paul smiled.

Asked about his former responsibilities, Anwar listed several government
committees he had led including those that dealt with the Kuala Lumpur
International Airport (KLIA) and the controversial Bakun dam project.

The KLIA had operating problems when it opened last June and the US$4 billion-Bakun dam in Sarawak state was shelved in 1997 as too costly. Environmentalists also denounced the project as a needless threat to Borneo's ecology.

``There is an ad-hoc committee on Bakun, KLIA -- the problematic projects normally I handle,'' he said to laughter from the 80 journalists, family members and supporters in the gallery.

He claimed senior government officials preferred to see him when they were faced with problems instead of Prime Minister Mahathir Mohamad. ``They also met the PM because he was directly responsible in the
issues, but sometimes they have difficulty to meet the PM -- who is busy with big projects,'' Anwar said.

He said he had trusted the police and lodged a police report against his
accusers on their advice, but indicated he has since changed his mind.

``At that time I left it to the police, the competence of the police -- no
longer so now,'' he said.

After one remark too many, Judge Augustine said: ``Unless what you said is to be put on record, let's not make any comments.''

``They can be put in the record,'' Anwar quickly replied, to yet more
laughs.

MEDIA ASING VS DR. M
Dr. M amat marah sekali kepada media asing yang mendakwa beliau memerintah secara kuku besi. Dalam sebuah sidang media, dia mengambil kesempatan untuk menempelak media asing. Dr. M berkata, " Kamu semua hanya mahu memburukkan saya dengan menyiarkan klip penyokong Si Janggut dipukul FRU, berita Si Janggut dibelasah dalam kurungan dan demo puluhan ribu orang di Dataran
Merdeka. Kenapa kamu tidak mahu ikut media tempatan. Media tempatan menunjukkan FAKTA TENTANG KEMUSNAHAN HEBAT DARI TINDAKAN LAKU MUSNAH penyokong Si Janggut." Wartawan asing terperanjat dengan data baru ini, lalu mereka bertanya, "Tuan, apakah KEMUSNAHAN yang berlaku?" Dr. M menjawab, "Errr…Poster gambar saya di PWTC telah dikoyak."

BLOGGER
I'm sorry for the blackout.
Berikut adalah penerangan yang diberi oleh penaja kami. Bawak bersabar ajelah bulan posa ni. Walau camna pun sekarang dah okay.

Phew! Blog*Spot is back.
– Ev. [12/20/2000 8:32:00 PM]

Argh! As Blog*Spot users will have noticed, our ISP for that service has still not solved the problem. All that the woman handling "overflow" calls on their support line could tell us is that "it's a router problem and they need to replace some equipment." Why this could take over two days now (with no ETA on getting it fixed) is a mystery to us, but it seems we're as helpless as you in this scheme -- and, believe me, even more frustrated. (Note: For those who care, this outage is also affecting NewsBlogger, MetaFilter, beta.pyra.com, Evhead, Megnut, OnFocus, etc.)
– Ev. [12/20/2000 1:38:00 PM]

Our local ISP lost their backbone! That's why Blog*Spot is currently unreachable. They have assured us that they're working on the problem. We apologize for the down time. (Meanwhile, since Blogger is still fine, you can post to your Blog*Spot blogs now and publish when Blog*Spot is back up.)
– pb [12/18/2000 2:51:00 PM]


Minggu, Desember 17, 2000

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 18 of 75
TANDA ORANG BERBOHONG
Baik di TV, suratkhabar, mahupun dalam perhimpuan bersama rakyat, orang BN mula menabur pembohongan. Pakar-pakar komunikasi dan bahasa bersepakat bahawa pembohongan boleh dikesan melalui gerak badan seseorang apabila dia bercakap bohong. Sebagai contoh, mata orang yang berbohong tidak boleh memandang tepat kepada orang yang berbicara dengannya dan tangan orang yang berbohong pula agak kaku. Namun begitu, Umie Hapilda adalah seorang yang petah bicara. Dia dapat menyembunyikan tanda-tanda pembohongan. Begitu handal dia berbicara, dirinya sendiri percaya pembohongan yang diluahkan. TETAPI, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Seorang pakar komunikasi berjaya mengesan tanda isyarat badan pembohongan pada Umie Hapilda. Kata pakar itu, " Tanda Umie Hapilda pembohongan adalah, apabila dia bercakap bohong, bibirnya bergerak."

FAMILY TRADITION by "Impian Murni"
During a neighborhood party here, I got into an argument with my neighbor, Mat, about politics. Finally, he asked me why I was such a dedicated PAS member. I told him that my Father and Grandfather were PAS members before me and that I was carrying on the family tradition. "That's it?" said my exasperated neighbor. "What if your Father and Grandfather had been thieves?" "Well..." I replied, "I suppose then I'd be an UMNO like you."

DEFINITION OF POLITICS by ANON
Son: Dad, I have to do a special report for school. Can I ask you a question? Father: Sure son. What's the question? Son: What is Politics? Father: Well, Let's take out home for example. I am the master of the house, so let's call me the PRIME MINISTER. Your MOM is the administrator of the money, so we'll call her Government. We take care of your needs so let's call you The People. We'll call the maid the maid The Working Class and your baby brother we will call the future. Do you understand? Son: I'm not really sure, Dad. I'll have to think about it.

That night, awakened by his baby brother's crying, the boy went to see what was wrong. Discovering the baby had seriously soiled his diaper, the boy went to his parents' room and found his mother sound asleep. He then went to the maid's room where, peeking through the key hole, he saw his father in bed with the maid. The boy's knocking went totally unheard by his father and the maid, so the boy returned to his room and went back to bed.

The next morning:
Son: Dad, now I think I understand Politics. Father: That's great son. Explain it to me in your own words. Son: Well Dad, while the PRIME MINISTER is screwing the working class, the government is sound asleep. The People are being completely ignored and the future is full of shit.

M.A.H.A.T.H.I.R. by mcoop?
Well... someone had to start it !
Maybe Another Holiday Abroad To Hide Ill-gotten Resources
Mystery Around His Accounting Techniques Has Intriguing Repercussions
Mister Anwar Has Accumulated The High Influence Rightfully
Many Associates Have Access To His Inner Resources
Monday (29th) Assists Hon. Anwar To Hold Influence Rightfully
Maybe A Hint About Talking Himself Into Retirement
Man Always Has Awful Tantrums Having International Repercussions Menacing Anwar Has Awoken The Hibernating Islam Rakyat
Don't forget the Classic :
Make Anwar Homosexual And Then Highlight It Repeatedly

CAN THEY DISAGREE? by Martin Jalleh
You know they can't BN -- Clearly a farcical Front
DR MAHATHIR: DO YOU AGREE?
ABDULLAH BADAWI (Dr M's Clone): DO YOU AGREE?
SAMY VELLU: Surely, I agree! Now, what was the question?
LING LIONG SIK: My son and I agree…that we have to agree!
LIM KENG YAIK: Gerakan is against ISA, privatisation…but we agree! M.KAYVEAS: I am the president. I agree. We do not deserve a seat to contest.
ABDUL TAIB MAHMUD: I always agree. Just do not send UMNO to Sarawak.
OSU SUKAM: What's that? (Hop) PM's order ? (Hop) Agree, of course. (Hop) SITI ZAHARAH : I changed my exco. Dr M said "NO". I can't say "GO…to…"
HISHAMMUDDIN: It's UMNO Youth's role to agree. (My aunt Nell has an announcement to make.)
DAIM ZAINUDDIN: More than six banks? No mergers yet?….(silence)
CHUA JUI MING: For your good health….better agree!
LAW HIENG DING: It has been hazy again…I agree.
NAJIB TUN ABDUL RAZAK: Obviously, agree! Our education system must teach our young to think!
MEGAT JUNID: I agree…my fate is in the PM's hands.
RAFIDAH AZIZ: Of course I agree. He has my file.
LEO MOGGIE: My party was nearly wiped out the last time…agree!
NEWS EDITORS: Our permits, please…..now how can we agree with you?
DR MAHATHIR : And I did it MY way……

SPINELESS, SPENT, SELFISH, SCANDAL-RIDDEN SCOUNDRELS (The above is a response to the "pervertorial" of the New Straits Times (page 17), The Sun (page 23) and The Star (page 5) on 21 Nov. 1999, entitled "Can they ever agree?")

DR.M MENGHADAPI KRISIS AIR
Pada hari Rabu, Dr. M telah memanggil Pengarah Jabatan Bekalan Air dan memerintahkannya menghantar 50 lori air lagi ke rumahnya. Pengarah itu mengeluh, "Tapi…bukankan baru semalam kami membekalkan 10 lori air ke rumah tuan bagi menghadapi musim kemarau "El Nino"?!" "Memang hang dah hantaq aiyaq (air), tapi itu untuk kolam renang aku," Jelas Dr. M. "Kali ni aku mau simpan aiyaq, untuk bagi FRU untuk menghadapi musim "El Demo".

Jumat, Desember 15, 2000

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 75 of 75

10/100 TUNTUTAN GPMS oleh X3Miss
"Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan menuntut agar
jawatan Perdana Menteri diwartakan sebagai hak orang Melayu ... Presiden GPMS Datuk Suhaimi Ibrahim berkata cadangan itu adalah antara 100 tuntutan yang akan dikemukakan kepada kerajaan jika Suqiu enggan menarik balik 83 tuntutannya.." 14 Dis 2000(Bernama)

Amboi-amboi banyaknya tuntutan ekstimis Melayu ni. Berikut adalah
ramalan 10 tuntutan utama GPMS:

1. Nama keInggerisan semua kedai mesti diMelayukan sebagai contoh
McDonald ke MakDonaldasi dan 7 Eleven ke Tujuh Sebelas.
2. Semua pengkritik didaftarkan sebagai Ektrimis, contohnya Pendidik
Cina Ekstrimis dan Politik Islam Ektrimis.
3. Perhimpunan besar-besaran penyokong Dr.M seramai 10 orang diadakan setiap minggu di Putra Jaya.
4. Zapin dan Irama 60-an perlu diserapkan ke KBSM sebagai matapelajaran wajib.
5. Kantin sekolah wawasan dikorporatkan kepada Syarikat Bumiputra Ali
Baba sahaja.
6. Kuota Melayu dalam rombongan tarian naga hendaklah ditambah ke
51.5%.
7. Lebih banyak konsert Melayu perlu diadakan di Stadium Bukit Jalil.
8. Rentak march lagu kebangsaan "Negaraku" ditukar ke rentak Joget.
9. Sebutan Parti Pemerintah UMNO dibakukan kepada AMNO.
10.Jawatan PM di gazetkan sebagai hak Dr.M seumur hidup secara
xklusip!

Senin, Desember 11, 2000

JAWATAN KOSONG dari Mahafiraun website
1) Dengan ketiadaan DS Anwar yang telah dipecat dan dipenjarakan oleh The Great Firaun, Agensi CIA, sebuah badan perisik Amerika, kini sedang mencari-cari pengganti untuk mengisi tempat DS Anwar sebagai agen CIA yang baru di Malaysia. Untuk tujuan itu maka dikeluarkanlah iklan seperti berikut:
Kerakyataan - Warga Malaysia
Umur - Tidak kurang daripada 50-tahun
Kelayakan - Tidak terhad. Asal boleh baca, tulis dan berpidato.
Kemahiran -
a)Kebolehan mengumpul rahsia-rahsia peribadi MAHAFIRAUN dan kroni-kroninya.
b)Kebolehan menyorok wang dengan jumlah yang besar - maksimum RM3b dan minimum RM60j, tanpa dapat dikesan oleh polis.
Keperluan-keperluan Lain -
a)Pemohon hendaklah memiliki aset peribadi tidak kurang daripada RM3b.
b)Berupaya menyumbang kepada Tabung CIA sekurang2nya US$10j (RM38j).
c)Memiliki tidak kurang daripada 20 akaun bank tanpa nombor.
d)Kesanggupan mencederakan diri sendiri seperti melebamkan mata dan menelan racun.

Sila hantar permohonan anda dalam format Akuan Bersumpah dan ditanda -tangani oleh Pesuruhjaya "Kaki" Sumpah iaitu KuLi dan disaksikan oleh wakil MAHAFIRAUN iaitu Datuk Brahim "Katak" Ali.

Pemohon yang berjaya akan diumumkan dalam majlis perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat yang akan disiarkan melalui RTM (Rangkaian Tahi MAHAFIRAUN)dan TV3-sukunyawa.

Tarikh tutup permohonan 29.11.1999


THE COMMISSION EXPLAINS by Nyem?
KUALA LUMPUR 14 NOV (New AFP) - Faced with a rising tide of criticism, the Election Commission Chairman, Datuk Omar Mohammad Hashim, called a press conference today to explain the inner workings of the Commission to the public.

Denying that the Commission is dragging its feet over the inclusion of
650,000 new voters into the electoral rolls, Datuk Omar explained that the eight-month delay is inevitable for several reasons.

"First of all, we had to fumigate all our computers for the Y2K bug. This
was necessary as the elections might have been called next year for all we know. Specially prepared insecticides, bearing SIRIM's stamp of approval, had to be ordered. These were mixed with water and then sprayed into all our computers so as to destroy all Y2K bugs and their eggs."

According to Datuk Omar, most of their computers are running very slowly as a result of this treatment. In fact, many of them are not running at all.

"Secondly, we found that the dreaded Nipah virus had infected several of our computers in Negri Sembilan and Perak. How they transferred from pigs to computers only the Health Minister can explain. As a safety precaution, we had to send all our computers in these two states to be crushed. As a result, we are facing a shortage of computers."

Datuk Omar further explained that the Election Commission was having severe difficulties finding suitable skilled persons to do its work because of widespread rumours regarding the existence of phantom voters. He said, "Many people think of these phantom voters as ghosts, hantu, orang minyak and pontianak, so they are too frightened to come and work for us. As such, we have had to rely on old retired people who can't be bothered because they have already got one foot in the grave. As you can imagine, their computing skills aren't really the best, despite all the effort we put into
training."

In a light moment, Datuk Omar laughingly recalled how some old ladies were so frightened when introduced to the mouse that they stood on chairs, shrieking loudly. Because of arthritic fingers, many could only type at the rate of about one letter per minute. Still others dropped coins into the floppy disk drive every time they were told to "save."

According to Datuk Omar, whenever a phantom voter is discovered, he or she has to be contacted for a thumb print. This takes a lot of time as they generally leave no addresses, so bomohs have to be used to effect
communication.

Given all these difficulties, Datuk Omar feels that the Election Commission is doing the best it can. He asked the public and Opposition to be patient, pointing out that so far, no Barisan Nasional politician has complained about the slowness of the process.

Datuk Omar also denied vigorously that the Election Commission was obeying a directive from Mahathir when it opted for the shortest campaigning period ever of only eight days. He clarified that the Commission does not have to wait for directives; instead, it anticipates the prime minister's wishes by carefully reading his statements in the NST, Star and Utusan. "In this way, we do our job to the best of our abilities," he said, "to ensure that the next elections will be the best, fairest and most successful -- for BN,
that is."


--------------------------------------------------------
SPM BOCOR..... by Kelawar De bat?

Lagi soalan Sejarah SPM bocor................

Tengku Razaleigh lebih dikenali sebagai
A. Kutu
B. Ku Li
C. Kuman
D. Ku Yah


Motto bagi negara kita ialah
A. Malaysia Boleh Blah
B. Bolehlah boleh
C. Malaysia Boleh
D. Fab Buku Boleh


Hishamudin Tun Hussein telah ditempelak sebagai
A. Kucing Siam
B. Mangga siam
C. Pondan Siam
D. Siamang


Dr. Rais Yatim kononnya adalah
A. Pengamal Imu Hitam
B. Pengamal Undang-undang
C. Penangkap Udang
D. Pengakap

Tengku Razaleigh adalah bekas Presiden Parti
A. Semangat Tahi Ayam
B. Semangat Padi
C. Semangat 46
D. Olimpik 2000

Menteri Kewangan I sekarang ialah
A. Dangsuria Zainurdin
B. Daim Zainudin
C. Dahlan Zainuddin
D. Julie Dahlan

Menteri Hal Ehwal Pengguna ialah
A. Megat Junit
B. Megat Terawis
C. Megat Juliana Azman Banos
D. Mudguard Jaguh


Hakim yang mengadili kes liwat Anwar ialah
A. Arifin Jaka
B. Arifin Jejaka
C. Jaka Sembung
D. Si Buta Dari Gua Hantu

Muhammad Taib lebih dikenali sebagai
A. Mike Tyson
B. Michael Jackson
C. Mika Hakkinen
D. Michael Schumacher

Ibrahim Ali pernah mengaku sebagai
A. Proton Putra
B. Putera Katak
C. Pusat Dagangan Dunia Putra
D. Putrajaya

(Berikut adalah soalan ramalan)

1.Mahathir berjanji akan berhenti menjadi PM selepas:
A. Ekonomi pulih
B. Dia mati
C. Dia berhenti jadi orang
D. Dia diberhentikan

2.Ungkapan popular Mahathir ialah:
A. Apakata
B. Apanama
C. Acapella
D. Apala lu

3.Rahim Noor ialah bekas KPN. KPN di sini bermaksud:
A. Ketua Penumbuk Negara
B. Ku Pukul Nuar
C. Ketua Polis Negara
D. Ketua Peninju Negara

4.Hakim Augustine Paul ialah model bagi:
A. Gula-gula Hacks
B. Gula Sekilo
C. Seluar Dalam Crocodile
D. Supermodel of the Year

5.Mohtar Abdullah ialah:
A. Pelawak Negara
B. Peguam Negara
C. Penipu Negara
D. Pak Pandir Negara

6.Musa Hasan dahulu ialah seorang:
A. Inspektor Tiket Bas
B. Inspektor Polis
C. Inspektor Kesihatan
D. Inspektor Pencen

7.Siapakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekarang?
A. Hishamuddin Tun Hussein Onn
B. Jaafar Onn
C. Onn Jaafar
D. Ong Ka Ting

8.Rahim Thamby Chik telah digelar:
A. Perogol Bersiri
B. Perogol Selari
C. Perogol Berlari
D. Perogol Berhaluan kiri

9.Presiden MIC sekarang ialah:
A. Samy Blue
B. Samy Vellu
C. Samy Bulu
D. Samy Vell Vell Vell (Thaipusam)

10.Motto terkini UMNO:
A. UMNO Dulu Lain, Sekarang Lain
B. UMNO Bulu, Bini dan Seluarnya
C. UMNO Bintulu, Miri dan Selama Perak
D. UMNO Dulu, Kini dan Selamanya (Penipu)

11.Isteri Mahathir ialah:
A. Siti Hasmah
B. Siti Nurhaliza
C. Siti Tanjung Perak
D. Siti Ibrahim Ali

12.Ibrahim Ali dikenali sebagai:
A. Jaguh Lepat
B. Jaguh Lompat
C. Jaguh Lipat Kain
D. Motorsikal Jaguh

13.Yang manakah antara berikut sesuai dengan > >Daim?
A. Diamlah Daim!
B. Daim yang Diam
C. Daim yang Duit
D. Daim Diam Diam Poket Berisi

14.Ghafar Baba telah digelar:
A. Pahlawan Purba
B. Pedang Setiawan
C. Makam Pahlawan
D. A Man Called Hero

15.Syed Hamid Albar telah dikutuk kerana:
A. Mandi dengan Yahudi
B. Bertemu dengan Yahudi
C. Tidur dengan Yahudi
D. Bermain Konda Kondi dengan Yahudi

16.Rafidah Aziz patut didakwa kerana:
A. Mengagihkan saham kepada menantunya
B. Mengagihkan saham kepada hantunya
C. Mendakwa menjadi menantu Mahathir
D. Menjadi hantu kepada Mahathir

17.Eric Chia ialah:
A. Taukeh Handphone Ericsson
B. Bapa Eric Cantona
C. Taukeh Projek Bakun
D. Taukeh Jual Ikan

P/S Lepas baca delete takut nanti guru yg terlibat akan ditukarkan ke
kawasan pendalaman & kawasan yg sewaktu


WANITA AMENO adapted from Al-Huseyn's Article
Makcik adalah wanita AMENO jika :
10)Bila makcik tua kerepot, makcik masih pakai mekap macam pengantin.
9)Bahu makcik memakai tudung, kepala makcik terdedah.
8)Makcik gemar pakai kain merah, baju putih dan spender merah cap keris.
7)Makcik pakai rambut palsu kemana sahaja makcik pergi.
6)"Makcik" mencabar PAS untuk berdebat tapi "makcik" tidak berani berdebat.
5)Makcik selalu bercakap & bermesyuarat, tapi tiada tindakan.
4)Makcik sidai kain merah putih dan bergambar kris didepan rumah.
3)Makcik tidak bertegur sapa dengan bekas ketua wanita AMENO.
2)Makcik dikenali sebagai Radio Kampung, Lebuhraya Maklumat, atau Koridor Raya Multidakyah Kampung.
Trrrrttttttt.... (drum roll)...jeng..jeng....
1)"Makcik" menggubal keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Ketua Wanita
AMENO.

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 17 of 74

GOLDEN DREAMS
PERADUAN BENSEN & EDGES GOLDEN DREAMS mengundang anda untuk menyertai program kami bagi merealisasikan impian keemasan anda melalui hadiah kami. Sila lihat senarai pemenang-pemenang 1999.

Pemenang Saguhati: Judge Afipin Jaka Sembung
Impian Emas: "Saya ingin lari dari tekanan peguam Anuar."
Hadiah: Doktor memberinya MC sehingga tarikh yang tidak dapat dikesan. MC itu kami dapat dari Klinik Doktor Mahadey, Alor Setaq.

Pemenang Impian Gangsa: Umei Halffillda
Impian Emas: " I nak jadik anak PM"
Hadiah: Kami telah perkenalkan Umei dengan PM. Kini, PM sayang Umei macam anak sendiri sehingga ayah Umei yang original terpaksa buang Umei. Sehubungan dengan dengan tradisi nama anak PM bermula dengan "M" (Malina, Mirjan, Mockzan dsbg), Umie kini bergelar "M"UFLISa.

Pemenang Impian Perak: Berahim Katak
Impian Emas: "Ambo mahu cium Punggung PM"
Hadiah: Kami telah usahakan untuknya satu jawatan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang membolehkan beliau berdamping dengan PM lantas melaksanakan impiannya. Kini beliau menjadi orang kesayangan PM.Kemana saya pergi mesti bawa, macam seluar dalam, "Never leave home without it!"

Pemenang Impian Emas: Mahadey Mamat
Impian Emas: "Beta mahu ..apa nama...jadi PM glamour Seantero Dunia"
Hadiah: Kami telah usahakan berpuluh-puluh laman internet yang ditujukan khas untuknya. Semua kenyataannya mendapat ulasan dengan detail! Hasil dari promosi ini, ratusan ribuan manusia seluruh dunia menyebut namanya kerana kini beliau sudah terkenal setaraf dengan Firaun.

Anda juga boleh jadi pemenang dan mencapai impian keemasan anda Bensen & Edges Gloden Dream 2000. Lengkapkan kenyataan ini.
Impian saya adalah:...........Lengkapkan slogan: Saya cayang PM kerana...... (Tidak lebih 15 patah perkataan)..Hantarkan kepada kami sebelum 29 Nov. 1999.
eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 17 of 74

PDRM SEDIA HADAPI PILIHANRAYA oleh Bazli A.R
http://members.tripod.com/bhairan/main.htm
KUALA LUMPUR, Rabu - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari berikutan pembubaran Parlimen esok. Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, polis sudah lama membuat persediaan berkenaan. "Kita sudah bersiap sedia (bagi menghadapi pilihan raya umum)," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini. "Lori-lori kami sudah siap sedia diisi dengan air beracun dan kami sudah membuat tempahan lebih untuk gas pemedih mata."

"Malah, kami sudah memberi latihan tambahan kepada pasukan FRU kami supaya mereka lebih kejam dan lebih cekap dalam menjalankan tugas mereka. Lagi ganas, lagi baik! Biar kita bantai rakyat cukup-cukup!"
Norian ketika menghadiri sesi taklimat oleh Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Mohd Yunus Othman, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan 18 Oktober lalu dilaporkan sebagai berkata, PDRM akan menghantar kira-kira 700 anggota bantuan tambahan dari beberapa unit ke Kelantan bagi memastikan keselamatan Barisan Nasional dan mengugut rakyat Kelantan untuk
mengundi BN.

"Sebenarnya kami bukannya merasakan bahawa rakyat Kelantan ini pengacau. Tetapi nampaknya BN sudah tersepit dan buntu jalan dalam menguasai Kelantan. Oleh itu adalah menjadai hasrat kami untuk menawannya melalui paksaan fizikal."
Beliau berkata, anggota tambahan terbabit akan diambil dari Unit Simpanan Persekutuan, Unit Polis Pencegah Rusuhan dan Pasukan Gerakan Am yang banyak membantu dalam tugas biasa.

Ditanya samada penguasaan Kelantan melalui paksaan fizikal sah di sisi undang-undang, Tan Sri Norian Mai berkata, "Peduli apa aku sah ke tidak! Aku nak buat, aku buatlah! You shut up! You come to my room!".

Minggu, Desember 10, 2000

SURVIVOR: OUTWIT, OUTPLAY, OUTLAST
We have the local made "Wheel of Fortune", "Who Wants to be a Millionaire" and "Family Feud" and now, the local version of "Survivor." In this series, the leftover UMNO members are marooned on a tropical island in the South China Sea. They eliminate each other one by one from the bumi-abandoned tropical UMNO island. They are forced to band together, backstabing each other and carve out a new existence, using their collective trickeries to make surviving a little easier. Day by day the shrinking economic cake will test the endurance of the castaways. The survivors must participate in self-destructive contests for rewards. Those who succeed in the day-to-day challenges will be rewarded with things to make island life more bearable luxuries like projects, tenders, and land. Those who fail must be shunned and do without. Once a while (every 5 years?), the castaways must form a tribal council. At this meeting, each person places a ballot vote to send fellow castaways penniless, eliminating him or her from eligibility for the million dollar perks. Then there is the Immunity Challenge, an intratribal competition, where supreme members buy favours and remind others of their power to avoid being voted off the island. Immunity means ones get to stay on the Island, free from ACA, immune from court injunctions and gaining more ass-kissing supporters. Who will be the last of the castaways? Tune in to all episodes and experience tragic-comedic life with the castaways as they count down to the extinction of the tribe.
--------------------------------------------------------------------------------
Mutiara Kata:
"I was really disturbed and disappointed with many quarters, including party leaders, for blaming Umno Youth for the defeat when the problem goes deeper than that...Umno has problems and it cannot run away from them simply by shifting the blame on Umno Youth..That was very unfair...Barisan Nasional lost because Umno has lost touch with what the people need and not because Umno Youth had not worked hard enough,'' Umno Youth deputy head Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Umno Youth exco meeting 8/12/2000.


Kamis, Desember 07, 2000

thestar.com.my: News
MUTIARA KATA
(UMNO)Exco member Dr Shamsul Anwar, meanwhile, said the movement under Hishammuddin was weak and had lost its direction.
"I am just so fed up. We allowed him to win the Youth chief's post uncontested but now it looks like he does not even understand the situation on the ground."....
"Another (UMNO)exco member, who declined to be named, said the situation was because Hishammuddin was a "softie'' who was "parachuted'' into the Youth chief's post due to support from the top party leadership."
Suara Latar: Bolehkah Hishammuddin mencabut pisau yang menikam belakangnya? Perlukah dia menjalani pembedahan bagi memulihkan kejantannannya? Saksikan episod berikutnya di masa yang sama dalam rancangan "Sandiwara Minggu Ini."

Rabu, Desember 06, 2000

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 16 of 73
DR. M JUAL MINYAK
Pasaran minyak tiba-tiba melambung berikutan peperangan yang berleluasa di Timur Tengah. Dr. M merasakan bahawa ini peluang baik bagi memulihkan ekonomi negara. Dr. M mengerahkan semua jenis minyak dalam pembendaharaan negara dijual. Minyak-minyak yang perlu dijual semula termasuklah minyak petrol, minyak diesel, minyak angin, minyak gamat, minyak kelapa, dan tidak ketinggalan minyak tar yang digunakan untuk membaik pulih Lebuh Raya Timur Selatan. Sami Bellu membantah arahan tersebut. Beliau dipetik sebagai berkata dalam Bahasa Malaysia taraf PMR pangkat F9,
" Ayoyo! Ini banyak gawat. Kalau kesemua minyak TAR hendak terjual, saya tidak akan termendapat bahan untuk BERDANDAN RAMBUT saya seperti sedia kala adanya."

Selasa, Desember 05, 2000

POSTER MAHATHIR oleh Plastik Surgeon
Dr. M menafikan pandangan Sharir bahawa penggunaan poster gambar beliau berkemungkinan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya Lunas, Perdana Menteri menjelaskan “Ia tidak menikam diri sendiri, memang baik untuk menggunakan poster saya. Kita telah memenangi beratus pilihan raya lain bersama poster saya. Sebelum itu, apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden Umno, kita menggunakan posternya dan kita menang,” kata Dr Mahathir.
Kalau itulah logiknya, mari kita letak muka Dr.M ganti kepala maskot tupai sukan Sea, tentu Malaysia boleh jadi juara. Malaysia boleh!

Senin, Desember 04, 2000

Koleksi Katun & Cerita Lawak Tokeikedai
KISAH SUSU LEMBU
Di dalam sebuah kelas,seorang guru bertanya, "Apakah cara yang paling baik untuk mengelakkan susu lembu daripada masam dan tahan lama ?,"
Berdiri seorang murid dengan penuh keyakinan menjawab soalan gurunya tadi "mudah jer cikgu, Biarkan susu itu berada di dalam perut lembu



BULAN VS. MATAHARI
Suatu masa dahulu berbincang dua orang sahabat tentang perihal bulan & matahari,Berkata seorang sahabat (anak orang UMNO)itu :
"Bagi aku,dalam banyak-banyak kejadian alam ni,mataharilah yang paling kuat!,Berkata seorang lagi sahabat (anak orang PAS agaknya) "Aku kata bulan yang paling kuat",Jawab sahabat tadi pula "Mana boleh,tentu matahari yang kuat sebab cahayanya lebih terang."Dengan muka selamba berkata sahabat satu lagi " Elehh,matahari cuma boleh menerangi siang yang dah sedia terang sedangkan bulan boleh menerangi malam yang gelap gelita !"

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 16 of 72 LAGU-LAGU POPULAR MINGGU INI oleh Hari-hari mau
Setelah diundi, maka DJ popular RTM Khalil Yaacob telah mengisytiharkan
bahawa 10 lagu paling popular minggu ini adalah:
1. Air Mata Buaya - Siti Nurhaliza
2. Rinduku 13 Mei - Mahazalim Darurat
3. Petronasiku - Mirzan
4. Liwat Senja - Azizan
5. Duit-duit - Daem
6. Lenggang-lenggang Kangkang - Anak Tambi
7. Oh Kekasihku Mustakizah - Megat
8. Lompat SiKatak Lompat - Ibrahim AlKataki
9. Hanya untukmu Menantuku - Rafedah Buang
10. Jerat Konspirasi - Jis Shamsudin

Minggu, Desember 03, 2000

EMBARASSING!



In her memoirs, Barbara Bush described one of those most embarrassing moments that inevitably occur, even on the most
carefully advanced of foreign trips. Along with her husband, then the Vice President, Mrs. Bush was lunching with Emperor
Hirohito at Tokyo's Imperial Palace.

Sitting next to the Emperor, Mrs. Bush found the conversation an uphill task. To all her efforts at verbal engagement, the
Emperor would smile and say "Yes" or "No," with an occasional "Thank You" tossed in for good measure.

Looking around her elegant surroundings, she complimented Hirohito on his official residence.

"Thank you," he said.

"Is it new?" pressed Mrs. Bush.

"Yes."

"Was the old palace just so old that it was falling down?" asked Mrs. Bush.

In his most charming, yet regal, matter, Hirohito replied, "No, I'm afraid that you bombed it."

Mrs. Bush turned to her other lunch partner.

Sabtu, Desember 02, 2000

Humor dan Kartun Reformasi Perbalahan Bentuk menara KLCC
Pergaduhan hangat antara S Hasmah (isteri Mahafiraun) dan Hindun (isteri Dolah ) kerana masing-masing mendakwa bentuk huruf H pada menara KLCC adalah pangkal nama masing-masing. Hindun kata 'H' itu ialah untuk 'Hindun' dan Hasmah kata 'H' itu untuk 'Hasmah'.
Tapi akhirnya Umi Hafilda meleraikan mereka dengan mengatakan bahawa 'H' itu adalah untuk 'Hafilda'.
Hasmah dan Hindun diam tidak berkata apa-apa kerana takut Umi Hafilda memfitnah mereka melakukan amalan 'lesbian' pula.
Catatan : Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup, yang 'hampir mati' atau yang mati

:::Tranung Kite Cyberlink....... SINIS
Penduduk Lunas dengan sebulat suara meminta Dr Mahathir membawa balik Samy Valeu kerana bimbangkan gosip mengatakan Samy akan menetap di pondok tol yang akan dibina serta merta berhampiran pekan Lunas.

NEW OPERATING SYSTEM by Mohd Azemi Ahmad?
This is something I discovered when I tried to upgrade my Mahathir ver.17 to Mahathir ver 18. It seems that Mahathir ver 18 will remove Anwar antivirus without prompting the user. Since Mahathir ver 18 is a lot buggier then the previous version, the process of uninstalling Anwar antivirus from the pc left many traces of his works. Anyway, what make things worse is that the traces left behind shows that
there is many more viruses hidden and was not reported while Anwar antivirus is online. This seems like Anwar antivirus and Mahathir ver 17 works perfectly and the antivirus complains nothing to the user about the present of the viruses. The technical support team at UMNO, the company who released Mahathir Operating System, was aware of this and said that before this, Anwar antivirus and the previous version of their product running perfectly because they were sharing the same computer resources.

This is the viruses that was found on computers running Mahathir ver 18:

Rafidah Virus :
Keep saying that it is the first virus knew about the presence of Anwar Antivirus.

Ibrahim Ali Virus :
It will try to remove any program that doesn't support Mahathir ver 18

KuLi Virus:
It wills infect .com files. but after a while it will clean itself from all..com files and infects .exe. later on, it will clean itself and get back
to .com files. This virus has two variants. KuLi 1.0 and KuLi 2.0 which have the strings '.COM files is a liar!' in 1.0 and '.EXE files is a liar, and I swear it!!' in ver 2.0.

Sammy Vellu Virus:
It will charge every data that flows on the information highway.

Rahim Noor virus:
This virus has a payload that will hang the computers for awhile, make some 'soar throat' sound through pc speaker and blank out the monitor. It will get back to normal after awhile but leaving a 'burn in' marks on the monitor.

Daim Virus:
It only infects MS-Money files.

Zahid Virus:
This is actually not a virus, but a plug-in for Anwar Antivirus that left behind.

Mohamed Rahmat virus & Sabarudin Chik virus:
This virus was cleaned by Mahathir ver 18 after they keep infecting wrong file types.

Sanusi Virus:
Some nonsense msg will pop-up on the screen telling us about its new ideas of something.

Hishamudin Virus:
Dare to challange the users to clean him the way he wants.

MT Virus:
It will copy every message that was generated from Mahathir ver 18 and paste it all over the screen.

SB Virus:
This virus will halt any programs that try to remove Mahathir ver 18 with the message 'Illegal Operations'

Since we can not install Anwar Antivirus anymore after we have installed Mahathir ver 18, the only way to get rid off this virus is to reformat our hard drive and install another operating systems. The most prefered one in the market now is PAS O/S, ADIL O/S and DAP O/S. Or we can buy the O/S Alternative Suite that includes all of the well-known O/S.

The choice is in our hand now. Whether to live with all of the viruses around, and keep wasting our money to buy a new hardware and storage (aahh..yes, those viruses do takes a lot of system resource too since they are running tsr), or give it a try on a new O/S Alternative Suite that is more relavant and more user friendly.

TAHUN MELAWAT LANGKAWI 2020
29 Nov. 2020 Satu lagi tarikan pelancong di rasmikan hari ini di Pulau
Langkawi. Kini, Langkawi menempatkan Kompleks Makam Keramat Terbesar di dunia. Projek Makam Keramat Haji Mahder (pengasas Tarekat UMNO Baru) ini telah berjaya memecahkan rekod Makam Terbesar di dunia yang selama ini di pegang oleh Firaun di Mesir. Tender projek ini dimenangi oleh waris Haji Mahder sendiri. Difahamkan, anak beliau sering mendoakan beliau mati cepat agar projek tersebut boleh disegerakan. Sebelum Haji Mahder menghembuskan nafas akhir kerana sakit jantung pada awal abad ke 21, beliau sempat merasmikan upacara pecah tanah untuk projek mega kebanggaan rakyat ini. Projek RM20 billion ini ditampung pembinaannya melalui hutang dari kerajaan Jepun.

Untuk memastikan Makam Mahder dilawati pelancong, ianya ditempatkan
disebelah Makam Mahsuri. Ini bersesuaian dengan ajaran Haji Mahder yang sering menggunakan personaliti popular sebagai umpan untuk menarik orang ramai melawat beliau. Kesetiaan pengikut-pengikut beliau tiada berbelah bahagi. Dato Berahim Ali sendiri telah menempah lot liang lahad bersebelahan Makam Haji Mahder. Lot-lot berdekatan juga habis ditempah oleh pengikut fanatik yang lain. Pengikut elit ajaran UMNO Baru mengunjungi makam keramat ini ketika membuat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan pemimpin atau pembahagian saham. Ini bersesuaian dengan tradisi penyerahan keputusan kepada pemimpin tertinggi dalam ajaran Tarekat UMNO Baru.: 0

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 15 of 72 DAKWA TETAP DAKWA
Dr. M mempunyai ramai pembodek setia yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk beliau dalam menangani musuh beliau. Suatu hari beliau merasa risau musuh beliau yang bergelar Si Janggut akan menumbangkan beliau. Lalu, Dr. M memerintahkan agennya mendakwa Si Janggut dengan pelbagai kesalahan dimahkamah agar Si Janggut akan mendapat malu yang besar. Pembodek setia berkata, "Tuan, orang ramai tidak mungkin akan percaya." Dr. M membalas " Hang boleh reka bukti macam-macam, sudah tentu rakyat akan percaya. Lagipun kalau kita tidak menang di mahkamah pun, tentu Si Janggut itu tidak mengganggu aku lagi sebab terlalu sibuk turun naik mahkamah."
Esoknya agennya membawa senarai dakwaan untuk dibentangkan. Ada 3099 dakwaan semuanya. DR. M tersenyum puas dengan hasilkerja pembodek tersebut. Dr.M memuji, "Hang kerja baguih, pandai hang mereka cerita. Awal bulan ni, aku nak hang mula dakwa dengan kes skandal seks, liwat, agen CIA, ceramah tanpa permit dan mengganggu penyiasatan polis. Kemudian, hang failkan kes rasuah 210 billion. Lepas tu, hang failkan dimahkamah kes menjual makanan segera di kawasan sekolah, tidak memiliki lesen TV (saman backdated tahun 1998),
memiliki kereta kebal dengan senjata nuklear tanpa permit, pakai helmet
tanpa reflector sticker dan lepas tu kes....bla...bla..."

MASTER ACCOUNT by Ahmad Adil (Laman Reformasi)
Assalamualaikum, Saya tertarik sungguh dengan konsep Master Account yang diperkenalkan oleh Barisan Kroni baru-baru ini. DSAI dikatakan mempunyai Master Account. Master Account ini dipunyai oleh seorang Towkay. Sesiapa yang hendak beri duit kepada DSAI diminta masukkan duit kedalam Master Account ini. Tetapi buku cek Towkay itu pegang, yang boleh sign pun dia seorang saja, malah nama akaun pun nama dia seorang saja!
Isy! Bagus betul konsep ini. Saya pun teringin nak buka
Master Account untuk DSAI, untuk membantu kos guaman beliau dan sebagainya. Nanti saya akan umumkan kepada pembaca budiman nombor akaun dan nama bank itu, ya? Sesiapa hendak contribute kepada DSAI sila masukkan duit banyak-banyak kedalam akaun ini ya? Tapi buku cek saya pegang, yang sign saya seorang saja dan nama akaun pun nama saya seorang saja, OK? Isy! Takkan tak percaya kepada saya kot?

Justeru itu saya nak buka Master Akaun untuk Dr Mahathir
juga. Kroni-kroni sila ambil perhatian! Siapa berminat untuk bagi duit untuk
Dr Mahathir sila hantar emel kapada saya dialamat ini, Gila@k... Nanti
saya balas balik bagi tau nombor akaun nama bank dsb. Harap hantar duit
juta-juta, ya? Nanti malu kat Anwar, Master Account Mahathir mesti banyak lagi kan?

Oh ya! Untuk makluman Polis, SB dan Badan Pembantu
Rasuah, saya percaya Musa Hassan ada memegang Master Account untuk Rahim Noor. Saya harap tuan-tuan akan mengambil tindakan terhadap Rahim Noor sebagaimana tuan2 mengancam mengambil tindakan terhadap DSAI, diatas 'kepercayaan' Dato Murad. Barulah adil kan? Kes sama saja, Dato Murad percaya, saya pun percaya, Dato Murad 'verily believe' saya pun 'verily believe', Dato Murad tidak kemukakan bukti2 kukuh saya pun tidak kemukakan. Sama kuat saja kes kita kan?

Oh! Makcik saya pesan dia pun ada pegang Master Account
untuk Rafidah Aziz tapi entah kenapa sumbangan turun mendadak baru-baru ini, tinggal 50 sen saja dalam akaun.

Kucing saya pun ada Master Account untuk isteri kawan
dia, Dugong yang mati dahulu. Tetapi bila pergi kat Bumiputra Commerce
diberitahu akaun SPTF dia telah ditutup dan dipindahkan kat Bank Muamalat, Cawangan Timbuktu.

Saya kira konsep Master Account ini adalah suatu
penemuan baru sumbangan Malaysia Boleh kepada dunia. Pak Man Telo pun angkat tabik! Mana tidak, buka akaun atas nama sendiri, kata untuk orang lain dan berjuta-juta duit masuk. Master Account ke, Master Bohong, Master Dusta dan Master Fitnah?

Wassalam,

eGroups : lawaktanpapermit Messages :Message 15 of 72

Jumat, Desember 01, 2000

MASS MEDIA 101
Everything I Need to Know, I Learned from News on Local TV.
1. In Malaysia, we do it the other way around. TV stations interupt words from the sponsors in order to air words from the PM.
2. The spokepersons of the public are three people on the streets. The opinions of 3 people on the streets are representing the opinion of the whole population of this nation.
3. Your TV will turn to "auto-mute" mode if the stations air footage of Nik Aziz giving a speech.
4. What the PM has to say is more urgent than suffering caused by a flood,landslide, plane crash and building collapse combined.
5. The best time to question conducts of your rivals, is when they are not able to answer the questions. Who will listen to prisoners?
6. Video clips of patriotic songs with faces of our ministers are high in the chart of the most frequently requested songs.
7. We are able to overcome the problem of lack of quality local TV programs. TV stations have air old footages of PM's speeches repeatedly to fill in local program slots.
8. It's not necessary to air azan Isyak in order to give way to performance of cultural dance at Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.
9. Ministers are expert geologists. That's why they are called for Ground breaking ceremonies.
10. Japan has Look SouthEAST policy. Cartoons from Japan can speak Bahasa Melayu.
11. Repeat what your boss had said, and you'll be rewarded.
12. When you are in deep shit, make Statuatory Allegations (Pengakuan BerkUnun) against others to save your skin.
13. Cost of raw materials, and supply & demand have small role in determining the price of goods. If the price hasn't increased for a long
time, it should be increased.
14. It's okay to use the goverment resources such as RTM and Majlis Bandaran for political advantages.

I THINK~ by Impian Murni
*Nota; Cuma joke, Tidak aka kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.

Hafilda, Ziela , and Rafidah all went to an antiques store and saw a mirror.

The lady working at the store said, "This is a magic mirror, you must say something true and if it's true you can make a wish and it will come true. If it's not true you will disappear."

All of them bought the mirror and brought it home with them.

First Ziela walked up to the mirror and said, "I think I'm the most beautiful girl in the world."
Poof, she vanished.

Then Rafidah walked up to the mirror and said, "I think I'm the smartest girl in the world."
Poof, she disappeared.

Then Hafilda walked up to the mirror and said, "I THINK...."
Then Poof, she disappeared.

SURUHANJAYA MENYIASAT RASUAH DR. MAHATHIR.~ by Ruslan Harun
Kuala Lumpur (22 Nov 2000) - Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri AnwarIbrahim mengumumkan bahawa satu Suruhanjaya Di Raja akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad terlibat dengan lebih 300 tuduhan salahguna kuasa dan rasuah ketika 18 tahun beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menurut beliau, Pejabat Perdana Menteri telah menerima memorandum dari pelbagai pertubuhan meminta supaya kerajaan mendakwa mantan Perdana
Menteri Malaysia itu di atas pelbagai salahlaku rasuah. MemoranduM itu turut ditandangani oleh sejumlah 5 juta rakyat Malaysia yang menyokong permintaan pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Semalam, sebuah television swasta TV3 menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendakwa bahawa sebarang tindakan ke atas mantan Perdana Menteri Malaysia hanya akan menyebabkan kemarahan rakyat. Beliau memberi amaran bahawa satu tunjuk perasaan besar-besaran akan diadakan bagi menentang sebarang usaha untuk mendakwa
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad. Beliau juga menuduh bahawa pendakwaan ini hanya merupakan tindakan membalas dendam ke atas mantan Perdana Menteri tersebut.

Bagaimanapun ramai kalangan yang meragui kemampuan pihak pembangkang untuk menganjurkan demonstrasi besar-besaran itu. Bulan lepas, seorang bekas Timbalan Menteri, Dato' Paduka Ibrahim Ali pernah mengetuai satu "Perhimpunan Rakyat Berwawasan" di Dataran Merdeka bagi membantah hukuman penjara 3 bulan ke atas Ummi Hafilda Ali di atas kesalahan memberikan keterangan palsu di mahkamah pada tahun lepas. Perhimpunan yang mendapat permit polis itu bagaimanapun hanya dihadiri oleh sekitar 20 orang dan
berakhir tidak sampai 10 minit.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Hj. Fadhil Noor, ketika diminta mengulas isu yang sama menyatakan bahawa Suruhanjaya Di Raja yang diamanahkan untuk menyiasat dakwaan tersebut mestilah memberikan sepenuh keadilan kepada Dato'Seri Dr. Mahathir Muhammad supaya apa juga hasil siasatan itu akan mendapat keyakinan rakyat seluruhnya.

"Suruhanjaya itu perlu diberi penuh kebebasan untuk menyiasat dan Dr.Mahathir perlu juga mendapat sepenuh peluang untuk membela diri" tegas Dato' Hj. Fadhil Nor yang ditemui selepas merasmikan Seminar Integrasi Nasional di sebuah hotel terkemuka di ibukota semalam. - BERNAME

BN MENANG PILIHANRAYA~ Dari Mahafiraun 2020
Kuala Lumpur (24 November 1999) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Omar Hashim hari ini mengumumkan bahawa Barisan Nasional telah menang dalam pilihanraya umum yang diadakan semalam.
Menurut Datuk Omar, calon Barisan Nasional memenangi 200 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, apabila ditanya bagaimana BN memenangi 200 kerusi sedangkan hanya 192 kerusi dipertandingkan, Datuk Omar hanya menjawab, "Malaysia Boleh!".

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memenangi kerusi parlimen Kubang Pasu dengan majoriti tipis 30 undi. Dr Mahathir memperolehi 32 undi sementara lawannya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden KeADIlan) mendapat 2 undi. Terdapat 68,987 undi rosak.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi memenangi kerusi parlimen Kepala Batas setelah pengiraan semula. Dalam perkiraan pertama, Abdullah tewas kepada Mohamad Sabu (calon PAS) dengan mendapat 2,100 undi berbanding 56,453 untuk Mohd Sabu. Bagaimanapun, undi kedua yang mengambil kira undi pos tentera dan polis hutan berjumlah 56, 454 undi kesemuanya
memihak kepada Abdullah.

Menurut Abdullah, "Saya berterima kasih kepada tentera dan polis kerana semuanya mengundi saya. Tidak satu pun undi pos memihak kepada Barisan Alternatif. Saya tidak sangka saya begitu popular di kalangan pengundi pos."

Di Kedah, Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid (calon BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuah setelah SPR mengesahkan bahawa hanya lima belas nama yang terkandung dalam daftar pengundian disahkan sebagai benar dan diizinkan mengundi. Oleh itu, Sanusi menggondol semua lima belas undi sedangkan calon PAS mendapat kosong undi.

Dipercayai, lima belas orang itu ialah Tan Sri Sanusi, isterinya, ibu Sanusi, Setiausaha Akhbar Sanusi Aziz Desa dan 11 anak-anak Sanusi.

Presiden MCA Ling Liong Sik memenangi kerusi parlimen Labis, Johor setelah mendapat 3,000 undi berbanding calon DAP yang hanya mendapat 2,999 undi. Ling mendapat sokongan yang banyak daripada kaum Melayu Labis. Difahamkan, salah seorang pengundi Labis bernama Hamba Allah telah mengundi sebanyak lima puluh kali semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Ling.

Menurut SPR, walaupun nama Hamba Allah agak pelik dan nombor Kad Pengenalannya (010101-01-01010) juga pelik, tetapi "SPR tidak berhak menolak hak mana-mana rakyat untuk mengundi". Usaha wartawan mencari pengundi ini masih tidak berhasil walaupun jenuh mencari.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Osu Sukam memenangi kerusi Parlimen Gaya setelah mengalahkan calon PBS. Dalam kawasan parlimen yang mempunyai 12,300 pengundi itu, calon PBS mendapat 12, 200 undi dan Osu menggondol 124,987 undi.

Apabila ditanya kenapa majoritinya terlalu besar hingga melebihi jumlah pengundi, Osu menjawab, "tanyalah SPR!"

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang bertanding sebagai calon Parlimen bagi pihak Barisan Nasional memenangi kerusi yang ditandinginya dengan memenangi kesemua 1,230 undi di kawasan tersebut.

Kawasan DUN baru itu yang diberi nama Bukit Aman, mempunyai seramai 1,230 pengundi yang semuanya anggota polis. Menurut pihak pembangkang, rakyat yang bukan anggota polis ada juga yang cuba mendaftar, tetapi mata mereka ditumbuk oleh SPR apabila mereka berbuat demikian.

Calon Barisan Nasional di Jasin, Abdul Ghaffar Baba, dikejarkan ke hospital kerana sakit lelah sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang di kawasan parlimen tersebut.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, memenangi kerusi Parlimen Kota Melaka setelah mengalahkan calon DAP, Lim Guan Eng. Rahim, 53 tahun, mendapat majoriti 21,090 undi setelah SPR meminta ahli-ahli UMNO Kota Melaka menjadi pengira undi petang semalam.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) tewas di Parlimen Permatang Pauh setelah parlimen meluluskan rang undang-undang Akta Pengecualian 1999. Akta itu menghalang "mana-mana rakyat yang pernah ditumbuk oleh Ketua Polis Negara, diracun dengan arsenik atau difitnah daripada memenangi mana-mana kerusi parlimen atau DUN". Dengan itu kemenangan Anwar dengan majoriti 55,650 undi dibatalkan dan kerusi itu diberikan kepada calon Barisan Nasional, Datuk Ahmad Saad, yang mendapat 2 undi.

PERADUAN NOMBOR MATEMATIK
Suatu ketika pihak NGO meluahkan rasa tidak puashati dengan akhbar tempatan kerana gagal memberi liputan yang adil. PM pun membuat kenyataan akhbar untuk menempelak pihak yang asyik merungut itu. Dalam kenyataannya yang dihadiri oleh 60 wartawan asing dan tempatan, PM memuji akhbar tempatan yang komited kepada perkembangan pemikiran rakyat. Beliau dipetik sebagai berkata, "Berita Hairan, Utusan Meloya, dan banyak lagi suratkhabar perdana di negara kita sedang buat kempen celik matematik. Sebagai contoh, hampir setiap hari, mereka menyiarkan keputusan peraduan nombor matematik peringkat kalkulus yang pastinya menguntungkan pembaca. " Beliau menguatkan hujah
beliau dengan menunjukkan kepada semua wartawan yang hadir keratan akhbar yang dimaksudkan. Kolum itu bertajuk, "Keputusan 4 Nombor Ekor."

SOALAN RAMALAN SPM99
Aku hairan kenapa PM cuma jumpa satu kertas peperiksaan yang mengandungi soalan matematik reformasi. Berikut adalah soalan-soalan Reformasi dari matapelajaran yang lain yang disumbangkan oleh Persatuan Guru Reformasi.
1. Geografi: Di manakah letaknya kawasan perindustrian khinzir terbesar di Malaysia?
a)Bukit Aman b)Bukit Jalil c) Bukit Kepung d) Bukit Pelanduk

2)Bahasa Melayu: Sambungkan bidalan berikut: Tamak macam ...
a)Mereka dengan keluarga mereka b)Kroni dengan bayangan maut c)Bapak anjing dengan karate d)Anjing dengan bayang-bayang

3. Bahasa Inggeris: Write an essay using one of the phrases below as your title.
a)If I the PM gives me 70 Million
b) If Rafida was my mother in law
c) If I was a frog
d) If I am old enough to celebrate the Old Citizen Day

4. Pengetahuan Agama Islam: Seorang ahli korporat menyatakan bahawa dia tidak pernah jumpa ayat Al-Quran yang menyatakan judi itu haram. Nyatakan dalil aqli dan naqli yang menyatakan bahawa judi itu haram.

5. Pendidikan Seni: Dengan menggunakan bahan-bahan terpakai, bina sebuah model mahligai. Model-model yang terpilih akan dilelong di Pasaria sekolah pada Hari Guru.

6. Sejarah: Kenapakah UMNO membuat demonstrasi dan berhimpun tanpa permit menentang Malayan Union?

7. Kimia: Tian Chuwa telah mengambil sampel air dari pancutan air lori FRU. Apakah alat yang sesuai untuk menguji keasidan air tersebut?
a) Bunga Kertas b) Kertas Surat Khabar c) Layar Kertas d) Kertas Litmus

JAWAPAN SOALAN MATEMATIK REFORMASI SEKOLAH JAMBI

Jawapan yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati itu adalah seperti berikut:
Soalan 13:
Sejumlah wang dibahagi antara Daem, Mirzan dan Zani mengikut nisbah 2:3:7. Jika Mirzan menerima RM14 juta lebih daripada Daem, hitungkan;
a) jumlah wang itu dan
JAWAPAN:
Jumlah wang itu tidak boleh didedahkan kerana ianya dilindungi oleh akta rahsia rasmi kerajaan. Namun, sumber mengatakan ianya cukup untuk menampung hutang beliau di Las Vegas dan Genting Highland. Baki wang tersebut akan disedekahkan kepada Yayasan Loteri Kebajikan.

b) bahagian yang diterima oleh Zani.
JAWAPAN:
Zani menerima 7/12 daripada jumlah wang tersebut. Wang itu akan dihantar ke Bank Australia melalui khidmat kourier poslaju Mike Taip Tyson Bhd. Saksi mengatakan, Mike Taip Tyson membawa 10 guni di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang. Mike menafikan guni itu miliknya. "Guni berisi makanan biri-biri dan kangaroo ini milik abang saya," tegasnya.

Soalan 19:
Purata berat Det, Daem, Umi half, Patail dan Rafida ialah 35 kg. Berat Det, Daem dan Umihalf ialah masing-masing 30 kg., 27 kg. dan 34 kg. Berat Patail sama dengan berat Rafida. Berapa berat Patail?
JAWAPAN:
Berat penama di atas adalah tidak relevan. Ianya tidak boleh ditulis atau dibacakan kerana timbangan dimakmal forensik oleh Dr.Lim ini tidak mengikut prosedur yang yang sah. Ketika Det ditimbang, dia memakai jantung lama, jantung sintetik baru tahan lasak yang dibekalkan oleh IJN difahamankan lebih berat dari jantung biasa. Manakala, ketika Daem ditimbang, ia enggan mengeluarkan duit dan syiling yang berjuta dari poketnya. Yang lagi teruk, Umihalf ditimbang dengan beg tangan berisi gambar idolanya yang sudah siap berbingkai stainless steel. Dan terus memeningkan kepala, Rafida pula naik ke atas timbang bersama menantunya, hampir rosak timbangan itu. Walaubagaimanapun, berat Patail sahaja yang boleh disahkan sebagai emPAT tAHIL mengikut sukatan DACING Bien.

Soalan 20:
Eric, Chia dan Tingpeking berkongsi untung hasil rampokan (ejaan asal dalam soalan) di kilang Perwaja sebanyak RM90,000 mengikut nisbah 7:5:3.
a) Hitung jumlah yang didapati oleh Eric.
JAWAPAN:
Jumlah 7/15 dari RM90000 itu hasil rampokan masih lagi dalam siasatan PDRM dan BPR. walaupun laporan belum diterima, pihak peguam negara sudah menyiapkan kenyataan akhbar bahawa tiada prima facie untuk membuat pendakwaan.

b) Kira beza wang yang diterima di antara Chia dan Tingpeking.
JAWAPAN:
Tiada perbezaan. Wang kertas tersebut dikenalpasti sebagai wang ringgit Malaysia yang sah diperlakukan oleh Bank Negara. Kedua-kedua tokoh itu merampok wang yang sama, iaitu wang rakyat.

Soalan 24:
Jadual di bawah menunjukkan jarak dalam km., dari rumah ke Mahligai bagi sekumpulan 120 orangkhadam... (jadual diberikan)
a) Cari nilai x.
JAWAPAN:
Jalan pengiraan. Y-Z=X. Y adalah jumlah wang yang terlibat dengan pembinaan dan X pula mewakili jumlah rakyat termiskin di Malaysia yang tidak mempunyai rumah yang sempurna. Maka X merupakan jumlah khadam yang dipaksa tersenyum bangga ketika melawat Mahligai yang bakal menjadi lambang kekayaan negara.

b) Hitungkan jumlah khadam yang jarak dari rumah ke Mahligai lebih daripada 4.5 km.
JAWAPAN:
Ini "trick question." Jumlah khadam adalah 10 orang sahaja. Seorang ditugaskan oleh Sammy Value untuk mengutip tol di kilometer 4.5, dan 9
orang lagi untuk menurap jalan.

c) Jika maklumat dalam jadual diatas diwakili oleh sebuah carta pai, hitungkan sudut sektor yang mewakili bilangan khadam yang jarak dari
rumahnya ke Mahligai adalah antara 9-10 km.
JAWAPAN:
180 darjah. Khadam terpaksa berpusing kerana jalan ke mahligai dikawal rapi oleh polis. Tiada siapa dibenarkan masuk atau mengambil gambar.

MAHATHIR IS VIP PRISONER, SAYS MINISTER oleh ANON (Wishful Thinker)
Kuala Lumpur (Bername) (7th January 2000)- Home Minister Mohamad Sabu refuted allegations that former Prime Minister Dato Seri Mahathir Mohamad was being ill treated at Sungai Buluh prison where he is being held on remand. Mohamad said Mahathir is actually being given VIP treatment and he is put in a private prison apartment with bathroom attached."He is also given an unlimited supply of reading materials like the Harakah, Aliran Monthly, The Rocket, Suara PRM and Suara KeAdilan to read" said the
minister. Of course we don't give him Utusan Melayu, Berita Harian and the NST which indulge in gutter journalism. Reading these papers will make him fall sick" he said.

"He is the only prisoner who is given arsenic-free KFC chicken, Mc Donald burger and several cans of Coca Cola" said Mohamad Sabu.

He was responding to allegation by Mahathir's wife Siti Hasmah Ali that her husband had complained that he had to sleep naked on the cement without a blanket and pillow.

She had complained that her husband was being given boiled vegetable and salted fish every day.Mahathir was facing more than 300 charges under the Anti-corruption Act, Sedition Act and countless contempt of court charges.

All his bank accounts worth billions of ringgit had been frozen since the Barisan Nasional government was defeated in the November polls.Mohamad said Datuk Paduka Rafidah Aziz, Mohtar Abdullah, Rahim Thambi Chik who are also in the prison will be charged for corruption in the Kuala Lumpur High Court tomorrow.

He said Rafidah is on diet and has slimmed down after losing some 27 pounds whilst in prison."She has quite a shaply figure these days" he said jokingly.

Meanwhile, Mohamad said Interpol had been informed to trace Daim Zainuddin, Datuk Samy Vellu and Ling Liong Sik who fled the country as soon as the election results showed that the BN had been badly mauled in the November general elections.

LAGI BERITA KHALWAT
Selepas berita khalwat palsu abang Anwar dingin, Dr. M memerintahkan jabatan politik jahatnya untuk terus mengotorkan nama ISI RUMAH Anwar. "Sebarkan dalam akhbar", katanya. "Aku mahu berita skandal seks sensasi berlaku dirumah itu!" jerkahnya lagi. Amat susah bagi ahli-ahli jabatan itu untuk mengadakan benda yang tidak ada.Namun, perintah Dr. M dianggap sebagai firman, mesti dipatuhi. Esoknya dimuka depan Utusan Meloya terpapar satu kisah skandal seks khalwat yang sensasi.
"HUBUNGAN SEKS TANPA NIKAH DI RUMAH ANWAR: Kuala Lumpur, Jumaat, 22 Oktober 1999. Wartawan Utusan merakamkan adegan seks luar nikah dihalaman rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber menyatakan pasangan yang terlibat adalah KUCING jantan milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan seekor kucing siam betina yang tidak dikenali. Perkara ini berlaku berulang kali tanpa diendahkan oleh keluarga Datin Wan Azizah. Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengesahkan kejadian. Pihak mahkamah sedang menimbangkan tindakan yang akan diambil ke atas kucing-kucing tersebut. Sementara itu Ibrahim Alie telah mendahului ahli
UMNO yang lain dalam membuat laporan polis tentang kejadian itu..."

LAWAK SELUDUP: 10 LAKONAN MAHATHIR DI MAHKAMAH oleh Mas Merah
1. Mungkin dia akan cuba pakai songkok untuk memohon simpati orang ramai
dengan imej Islam. Dia rasa dengan cara tu dia tidak mungkin akan disorak
oleh orang ramai
2. Mana-mana menteri dan timbalan menteri yang 'kaki jilat' macam Berahim
Katak tentulah akan jadi pengiring...Masa nilah nak tunjuk taat setia....
3. Orang ramai tidak dibenarkan berada di Mahkamah kecuali peguam bela dan
tali barut Mokhtar. Bukan apa, kalau P***M** tak dapat jawab soalan
nanti......malula dekat rakyat.
4. Jurugambar dan wartawan juga tidak dibenarkan masuk semasa P***M** jawab
soalan. Seorang jurucakap khas akan dilantik untuk menceritakan suasana
dalam Mahkamah. Tengoklah nanti siapa akan jadi burung belatuk P***M**
5. Muka P***M** sekejap merah sekejap putih (maklumlah bukan senang nak
kelentong peguam-peguam Anwar), mata mungkin terkebil-kebil dan sesekali
akan senyum hambar, tawar tak ada gula. Selepas kena soal mungkin wajah
P***M** akan bertukar jadi kelat. Kesian...dahlah tua nyanyok....
6. Dalam mahkamah juga P***M** akan berulang kali urut dada....seolah-olah
akan dapat serangan jantung...ni jangan terpedaya....saja nak nak mintak
simpati...maklumlah dua tiga das kena dengan Peguam-peguam DSAI...terbelit
gak lidah tu...
7. Lakonan yg paling tidak dapat diterima ialah kalau P***M** tiba-tiba
pitam. Ni Ziela sorrylah....dah lapuk dah cerita cam ni.
8. Kalau DSAI akan melambai setiap kali masuk dan keluar Mahkamah.
harap-harap janganlah P***M** tiru gaya yg sama. Bukan apa takut masa dok
melambai tu terbang lak air kotak, air tin dan segala yg lain mengenai
kepalanya dan merosakkan lagi otaknya dan pemikirannya...
9. Rasanya sebaik sahaja keluar Mahkamah, P***M** akan menangis teresak-esak
Melihat kebencian rakyat terhadap beliau. Terutama bila dia mendengar
sendiri dendangan rakyat "MAHATHIR UNDUR......MAHATHIR RESIGN......!!!"
Mungkin dia akan buat muka seposen untuk jurugambar Berita Hairan, Utusan
Meloya dan BERTAMA. Kenalah posing habis....tunjuklah macam "I'm king of
the world" untuk TV 3 suku dan RTM Teman Menfitnah Anda. Lepas tu dalam
kereta dah tersedia berkotak-kotak tisu buat dia kesat airmata.
10. Balik rumah dia akan terus berkurung dalam bilik. Masih lagi
hiba...maklumlah orang TUA....dah umur 74 tahun.....kan
SENSITIPPPP....ciannnnnnnn.

Tambahan:
11. Apabila ditanya dengan soalan panas, PM yang baru menyambut Hari Warga
Tua akan kata dia dah lupa. Hakim pun percaya, sebab orang umur 70an memang
ramai yang nyanyuk.

LAWAK KLASIK: DR M MAKAN KENDURI
Suatu hari, dalam satu majlis Dr. M dan pengikut-pengikutnya dihidangkan dengan klon buah-buahan seperti pering (petai + jering) dan jus During (durian + jering). Setelah kenyang, Dr. M dan seorang pengikutnya yang bernama Tok Mat, turun ke tingkat bawah bangunan dengan meggunakan lif. Enam tukang kipas Dr. M juga ikut sama hingga sendat lif itu. Dengan tidak semena-mena Dr. M telah terkentut sesaat setelah pintu lif tutup. Gas yang dikeluarkan begitu hanyir lagi tengik, sehingga lima orang telah dihantar ke ICU kerana cedera parah dan seorang lagi mendapat rawatan luar. Kesemuanya mengalami bengkak hidung yang keterlaluan.
Media asing melaporkan berita tentang kejadian tersebut keesokan harinya. Dr. M MENAFIKAN penglibatannya dan mendakwa media asing cuba memburukkan Malaysia. Tok Mat menyiarkan kenyataannya dalam berita perdana di RTM. "Saya menyokong Dr. M, saya berdiri 100% dibelakangnya sekarang, dan malahan tika kejadian itu juga saya berdiri betul-betul dibelakangnya," Dengan nada sengau beliau dipetik sebagai berkata sambil menutup hidungnya yang masih berbalut.

LAWAK TANPA PERMIT: DULU KINI & SELAMANYA
Pak Long adalah orang kuat UMNO yang fanatik. Baru-baru ini dia datang ke rumah ku untuk berkempen. Aku malas nak bertekak dengan dia, lalu aku mengiyakan sahaja cakapnya. Lagipun, kalau aku bertekak dengannya, tentu sakit jantungnya menyerang. Sebelum dia pulang, dia memberi aku pelekat kereta "UMNO: Dulu Kini & Selamanya." Dia minta aku berjanji untuk melekatkan pelekat itu pada kereta proton hijau milik aku. Supaya dia cepat berambus, aku berjanji untuk berbuat begitu. Dan aku tampal pelekat kereta itu pada kereta ku. Sesungguhnya aku ini manusia yang berpegang pada janji.
Keesokan harinya aku pergi kerja lebih awal dari biasa. Kebanyakkan kawan sekerja aku sudahpun terbuka minda mereka untuk menyokong Parti Alternatif. Dari tingkap pejabat, mereka kelihatan mengerumuni kereta aku. Mereka melihat kereta aku lalu tersenyum. Mereka kata, "Mamat ni terlanggar kereta orang UMNO kot?" Aku juga tersenyum. Tapi kalau Pak Long tahu pelekat kereta "Dulu, Kini & Selamanya" itu aku tampal pada bunga TAYAR kereta kesayangan aku, sudah tentu sakit jantungnya datang kembali.

PERAHU YANG BOCOR
Satu pagi kelihatan sebuah perahu penambang melintasi Sungai Kelantan. Selain dari pendayung, terdapat tiga orang penumpang, 1) Seorang Guru dengan fail pelajarnya, 2) Seorang Murid dengan beg yang sarat dengan buku dan 3) YB Kuli dengan satu beg galas misteri. Ditengah perjalanan pendayung mendapati perahunya bocor. Lalu dia merayu, "Tolonglah kurangkan berat sampan ini. Mungkin kita boleh sampai ke tebing."
Tanpa berfikir panjang murid sekolah membuang begnya yang penuh dengan buku. Murid itu berkata, "Buku seperti ini boleh didapati dengan banyaknya di stor sekolah."
YB Kuli pun berfikir dia tidak mahu malu dengan murid itu, lantas dia membuang beg galas yang penuh dengan kain batik dan pelikat. Kain-kain itu sebenarnya hendak digunakan untuk memancing undi orang di kampung seberang. YB Kuli berkata, "Kain seperti itu boleh didapati dengan banyaknya di stor UMNO."
Kini semua mata memandang ke arah guru dan failnya yang masih belum membuat sumbangan. Guru itu tersenyum dan menolak YB Kuli ke dalam sungai. Guru itu berkata, "Ahli politik seperti itu boleh didapati dengan banyaknya di stor
UMNO."

LAWAK TANPA PERMIT KLASIK: DET MENGGAJI PONDAN
Suatu hari Det perlu seseorang untuk menandatangani surat akuan. Surat-surat ini terlalu banyak maka dia menggajikan seorang pondan.Selepas kerja itu selesai, pondan ini meminta upah dalam bentuk peralatan wanita yang diperbuat dari luar negeri. Det pun masuk ke bilik isterinya lalu mencapai sesuatu dari dalam almari. Semua barang dalam almari itu dibeli dari London. Setelah berterimakasih pulanglah pondan itu pulang dengan gembira.Lima minit kemudian pengawal keselamatan Det melaporkan melalui telefon bahawa ada seorang botak sedang mengamuk dan marah-marah didepan pintu pagar rumahnya. Det pun menjenguk di tingkap lalu menjerit kepada orang botak itu, " Sabaq la Asmah oi, nanti sat abang pi London, abang beli untuk hang rambut
palsu yang lebih lawa lagi."

LAWAK SELUDUP: PERJALANAN
From: "Roslani Selamat"
MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
* Tempat berlepas : Kehidupan dunia
* Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
* Destinasi : Akhirat
* Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
* Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
* Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
* Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan denga meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi
penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinyaa dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat

PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;
Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com