Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Sabtu, Agustus 25, 2001

PENJUAL SURATKHABAR DI JALAN TAR by Suhakim33
Seorang SB berpakaian awam yang berkawal di Jalan TAR terserempak dengan penjual Harakah. Sambil menunjukkan kad kuasa dia menyergah, "Harakah tidak boleh dijual kepada orang awam, serahkan semua suratkhabar ini segera!" Semua Harakah diserahkan kepada SB, dan peniaga itu berlari meninggalkan tempat itu. Kemudian duduklah SB itu ditempat peniaga tadi dan menyamar
sebagai penjual Harakah. Dia bercita-cita untuk menangkap orang awam yang mahu membeli Harakah. Tiba-tiba satu kereta polis berhenti, dan keluarlah seorang pegawai polis perpangkat tinggi. Dia menghampiri SB dengan muka bengis. SB cuba mengenalkan dirinya, "Tuan, saya sebenarnya…" Belum sempat SB menghabiskan ayat, pegawai tadi berkata, "Bagi saya Suratkhabar Harakah
satu, keluarga saya suka baca suratkhabar ni. Berapa ringgit ni?"

FRU HANYA MENJALANKAN TUGAS by Gangsta Berlesen
KPN menghilangkan diri suatu ketika dulu kerana dia turun padang dalam Operasi Tibai Rakyat di Jalan TAR. Dia MENYAMAR sebagai pejuang Reformasi dan menjerit-jerit kata kesat ke arah FRU. Motifnya, agar FRU mengambil tindakan ke atas para penunjuk perasaan yang lain. Suasana menjadi hangat apabila FRU mula mengejar para penunjuk perasaan. Kelam-kabut orang bertempiaran. Seorang anggota FRU berjaya menarik baju seorang penunjuk perasaan yang memulakan angkara. Sebenarnya penunjuk perasaan itu adalah KPN dalam samaran. Sedang FRU itu menghayun cota ke arah KPN, KPN menjerit,"Berhenti! Aku ni sebenarnya POLIS menyamar sebagai PEJUANG REFORMASI!" Anggota FRU menarik baju KPN rapat sehingga muka mereka seinci sahaja jaraknya. FRU berkata, "Berhenti? Aku sebenarnya PEJUANG REFORMASI menyamar sebagai POLIS!" Lalu FRU meneruskan hayunan cotanya kearah KPN. "Adoiiiiiii!" dan darah pun terpercik ke Jalan TAR.


BRAND X by X men
Memorandum Bantahan:
Kami adalah sebuah syarikat dalam katergori Industri Kecil dan Sederhana. Dua barang utama kami memakai jenama "X BIASA". Kami membentangkan memorandum ini kerana kami tidak puashati dengan polisi penyiaran iklan yang tidak beretika di TV3, RTM dan NTV7. Kami meenganggap iklan-iklan tertentu bersifat fitnah dan mempunyai konspirasi jahat terhadap syarikat kami. Sebagai contoh pertama, iklan BREEEZE KOLOR secara terang membandingkan bahawa sabun BREEEZE mereka lebih hebat dari sabun "X". Dalam ujikaji perbandingan dua jenis sabun, mereka mengeluarkan bukti palsu iaitu baju yang ditunjukkan adalah baju baru dari kedai dan bukan baju yang dibasuh dengan Breeze. Dalam contoh dua, iklan syampu HEAD N' SHOULDDER pula
mengemukakan testimoni saksi yang menyatakan syampu mereka lebih hebat dari syampu BIASA. Adalah pengetahuan umum bahawa mereka mengemukakan saksi palsu iaitu seorang pelakon iklan professional dan bukan seorang pengguna syampu X
BIASA seperti yang digembar-gemburkan. Dan banyak lagi contoh lain cubaan memburuk-burukkan produk keluaran kami. Dengan ini kami membantah sekeras-kerasnya polisi iklan TV di Malaysia. Kami menyeru tindakan diambil keatas mereka dan boikotlah barangan yang diiklankan di stesen TV tempatan ini. Akhir kata, belilah barangan kami yang berjenama "X BIASA". Barangan X
BIASA murah kerana pengguna tidak perlu membayar kos iklan, bukannya kerana mutu kami rendah. Sesungguhnya jika kami benar-benar tidak bermutu, mengapa mereka belumba-lumba membandingkan produk mereka dengan produk kami?!

Yang Benar,
Eksekutif Kumpulan Syarikat X Biasa (M) Bhd.


Rejected Evidence adapted from Cerberus

Note: Here is exhibit 3425A, another rejected fake evidence from Azizan.

To Whom It May Concern:

The Occupational Safety and Health Administration (OSHA) has determined that the maximum safe load capacity on my butt is 2 persons at a time,unless I install hand rails or safety straps.As you have arrived 6th in line to ride my ass today, please take a number and wait your turn.

Thank You.


Oxymorons From: Mr Funny Bone International
ox·y·mo·ron (ks-môrn, -mr-)
definition:n., pl. ox·y·mo·ra (-môr, -mr) or ox·y·mo·rons.A rhetorical figure in which incongruous or contradictory terms are
combined, as in a deafening silence and a mournful optimist.Origin:[Greek oxumron, from neuter of oxumros, pointedly foolish: oxus, sharp; see oxygen + mros, foolish, dull.]More Examples:
Act naturally
Found missing
Resident alien
Advanced BASIC
Genuine imitation
UMNO Ethics
Good grief
Same difference
Almost exactly
Government organisation
Sanitary landfill
Alone together
Small crowd
Soft rock
Military intelligence
Software documentation
New classic
Sweet sorrow
Childproof
"Now, then ..."
Synthetic natural gas
Passive aggression
Taped live
Clearly misunderstood
Peace force
Temporary tax increase
Plastic glasses
Terribly pleased
Computer security
Political science
Definite maybe
Pretty ugly
Twelve-ounce pound cake
Diet ice cream
Working vacation
Exact estimate
Come back

WATER DECLARED A DRUGadapted from Ed 'Hack' Wheely and Chad (July 15, 1999)

Kuala Lumpur -- The Ministry of Health has issued a scathing report that water is "an extremely addictive substance." Water, which is known to chemists as Dihydrogen Oxide, was previously believed to be innocuous.The 793-page report details broad government studies that show that in excess of 99% of M'sian citizens are already addicted to water. "We found that almost everyone is addicted to water, and that the addiction even spreads from parent to child," explained Dr. Boo Chuk, lead author of the report. "In our research, we even uncovered the fact that the bottled water companies are aware of the addictive nature of the drug dihydrogen oxide. We also found that many beverage companies use dihydrogen oxide to attract people to their products. Some companies have started free-basing their water using a process called carbonation. In this process they mix Di-Carbon Oxide with the water to which produces a light and airy effect when the product is consumed." The report goes on to state that the addiction is common enough
that slang words have even come into existence to describe the substance and its effects. For example, the word "thirsty" is used to describe the almost physical need felt by water addicts. The phrase "I'm sponging for some water" is even used by extreme addicts.
The government report states that, like heroin and cocaine addicts, water addicts have extreme symptoms of withdrawal if they are not given water over a period of time. Additionally, water has been found to be a component in such problems as fluid retention in the body and cysts. It has also been found to be responsible for health problems as serious as drowning.
The government is currently considering ways to control water with the intent to eventually add it to the controlled substances list. The government faces an uphill battle, however, because water is a very common, naturally occurring substance. The Drug Enforcement Agency has already requested an additional $1 billion in funding in preparation for anti-water enforcement.


Kamis, Agustus 16, 2001

SANDIWARA MILITAN by Miligram+Tan
Kuala Lumpur, 16 Ogos: Polis sedang memburu seorang ahli kumpulan militan yang dipercayai melarikan diri ke luar negeri. Mengikut sumber yang tidak mahu namanya disiarkan, ahli kumpulan militan tersebut disyaki menganggotai Kumpulan Mujahidin Malaysia dan pernah berjumpa Osama Ben Laden. Lelaki yang juga mempunyai kaitan dengan Milatan Gabungan Aceh Merdeka ini mempunyai niat jahat dan cuba mengelak dari tangkapan ISA. Alamat terakhir lelaki tersebut adalah sebuah rumah tidak bernombor di sekitar Pantai Timur Semenanjung. Sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya lelaki tersebut akan dihadiahkan dengan wang tunai. Walaubagaimanapun, pihak polis enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki tersebut.

KENAPA AKU LETIH KERJAdari http://mie.blogspot.com/
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang² tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara (termasuk Saudara Anwar Ibrahim) dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat² Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh saya buat jugak

Jumat, Agustus 03, 2001

VCD LUCAH oleh Cetak Lompak32
Siapakah yang bertanggungjawab dengan mutu barangan pengguna? Sudah tentu, YB Mohyeeddin, jeneral Perdagangan & Pengguna. Dihikayatkan, Beliau sangat prihatin dengan mutu barangan pengguna di Malaysia. Suatu hari anak remajanya telah membawa pulang VCD lucah dari Petaling Street. Sedang anak muda ini menonton VCD itu, ayahnya pulang dari pejabat. YB terperanjat melihat anaknya sedang menonton VCD lucah. Tanpa berlengah, dirampasnya cover VCD lucah itu. "Cis! Celaka engkau!" sembur YB. Menggigil budak muda itu dibuatnya. Dengan mata merah, YB membentak lagi, "Tidak guna punya budak! Lain kali Belilah VCD yang original!"


STOR XXX Di ANGKASAPURI by Stor Keeper
Seperti biasa, semua filem yang disiarkan di RTM perlu melalui proses penapisan. Filem yang dianggap lucah, ganas dan berunsurkan subversif akan disekat dari tayangan. Dalam perjalanan ke pejabatnya Tok Mat terserempak dengan seorang kakitangan Bahagian Penapisan Filem sedang membawa kotak berisi filem lucah. Tok Mat bertanya, "Ke mana kamu hendak bawa video ini?" Kakitangan itu menjawab, "Saya mahu simpan dalam bilik kebal tuan." Tok Mat dengan nada prihatin bersuara, "Saya rasa bilik kebal tidak cukup selamat. Kalau video lucah ini jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab, sudah tentu ia menjadi kes besar!" Beliau menambah lagi, "Tempat yang selamat untuk video ini adalah pejabat saya kerana ianya sentiasa dijaga oleh pengawal keselamatan." Kakitangan itu bertanya, "Adakah tuan mahu saya simpan video ini di pejabat tuan?" Tok Mat berkata, "Ya. Hantar video ni sekarang juga. Dan jangan lupa hantarkan sekali satu video player dan TV ke pejabat saya."

DAGING HALAL oleh Halam
Jabatan Agama selalu bertelingkah dengan Dr. M. Antara sebab utamanya ialah ustaz-ustaz disana selalu mengungkit hukum bahawa seseorang yang menuduh zina tanpa boleh disebat 80 rotan. Kemarahan Dr. M makin meluap apabila mereka tidak mahu berkerjasama dengan partner peniagaannya dari New Zealand. Pelabur New Zealand itu mengadu kepada Dr. M bahawa peniagaannya lingkup kerana Jabatan Agama tidak mahu memberi sijil HALAL kepada daging-daging jualannya. Serta-merta Dr. M melenting bangun, "Bagi aku bawa daging lembu ni ke Jabatan Agama. Aku pastikan hang dapat CAP HALAL!"
Di Jabatan Agama Dr. M memarahi orang yang bertanggungjawab dengan sijil pengesahan HALAL. "Dulu hang sibuk dengan hukum, sesiapa yang menuduh zina tanpa saksi HALAL dirotan 80 kali, aku dok diam aje. La ni, hang dah naik tocang tak mau bagi sijil kat partner aku." Sambil memberi daging lembu kepada petugas tersebut beliau pun menambah, "Aku mau hang COP HALAL pada daging ni, kalau hang engkar aku buang kerja." Petugas pun menjawab, "Baiklah. Tuan rehatlah dulu. Biar saya COP LEMBU ni dengan sijil halal." Dr.M rasa puas melihat ketar petugas itu. Dia pun berehat menyambung tidur diruang menunggu. 5 minit kemudian petugas itu mengejutkan beliau untuk menyatakan LEMBU SUDAH DICOP dengan sijil halal. Dalam perjalanan keluar dari Jabatan Agama seorang Ustaz telah merotan belakang Dr.M. Berpinar tulang belakang beliau menerima sebatan itu. "Hoi, kenapa hang
sebat aku?" Ustaz itu menjawab sambil menghayun untuk sebatan kedua, " Daging tuan sudah halal. Belakang Tuan sudah ada tanda cop HALAL."

RAFIDAH NGETOP! oleh Merdeka
Rafidah merasakan mukanya sudah terlalu tembam dan tidak menarik lagi. Beliau berpendapat, andai kata beliau cun bergetah, sudah tentu Dr. M memilihnya menjadi TPM. Rafidah pun pergi ke Saloon Kencantikan Jamu Asli untuk membuat "facial". Rafidah memerintah, "I mahu muka I jadik lebih cantik dari biasa." Lalu, seorang nona pakar jamu dari Indonesia melumur muka Rafidah dengan jamu hijau muda yang diperbuat dari daun pokok Sukun. Lumuran itu dibiarkan menjadi keras dan kering seakan-akan beliau memakai topeng. Setelah 5 jam lumuran itu masih dibiarkan sahaja. Rafidah merungut, "Bila nak habis ni? Kenapa tak dibuka topeng ni. I mau lihat kecantikan baru I." Pakar jamu itu menjawab, "Eh..eh..Kerja saya memang sudah selesai dong. Topeng itu memang dibiarkan KEKAL disitu. Bukankah nyonya mahu muka nyonya lebih cantik dari biasa?"

PENAFIAN MENTERI PENERANGAN oleh Yang Benar
Ada beberapa editor dari syarikat penerbitan telah menerima surat rasmi Kementerian Penerangan dari "Tok Mat." Surat tersebut meminta editor menyiarkan berita perbicaraan Tok Janggut dengan kecenderungan memihak kepada Tok Janggut. Ini menimbulkan kekeliruan dikalangan editor kerana selama ini Tok Mat tidak pernah memihak kepada Tok Janggut . Perkara tentang surat ini telah ditanya oleh wartawan dalam satu sidang media. Tok Mat menafikan beliau pernah membuat surat yang demikian. Beliau mendakwa ada pihak telah menyamar sebagai beliau untuk menjatuhkan dirinya. Beliau dipetik sebagai berkata, "Saya TIDAK pernah mengarahkan mana-mana editor menyiarkan BERITA BENAR tentang Tok Janggut." (Sila rujuk Utusan Malaysia 5 Nov 1998).

Kamis, Agustus 02, 2001

THE LAST SATE Adapted From: 31 Sasha's
Dr.M was walking around his open house feast at Putre Jaye when he came upon a group of about a dozen AMENO youth members. The group surrounded the buffet table. Apparently there was only one stick of sate left on the table. Concerned the men were about to fight and ruin the party , he went over and asked "What are you doing?"

One of the men replied, "There is only one stick of sate left. We all want it, but only one of us can take it. So we've decided that whichever one of us can tell the biggest lie will eat the sate."

Of course, Dr. M was taken aback. "You men shouldn't be having a contest telling lies!" he exclaimed. He then launched into a ten minute sermon against lying and AMENO ettiquette, beginning,"Don't you know it's a sin to lie," and ending with, "Why, when I was your age, I never told a lie."

There was dead silence for about a minute. Just as the Dr. M was beginning to think he'd gotten through to them, one of them gave a deep sigh and said, "All right, give him the sate."


------------------------------------------------------------------
Life is a Malay TV drama by Amir Muhammad


You know your life is a Malay TV drama when...

1. Your father wears bush-jackets, sighs a lot, and has a heavily lipsticked secretary whose only purpose in life is to say, "Ini dia fail yang encik minta tadi." (This is the file that you asked for.)
2. Your mother wears jewels around the house and is always asking you to "sabarlah" (be patient). At opportune moments she will worry that you're not eating enough, place a hand on your forehead and say you need to see a doctor. You decline politely but firmly. You don't quite trust your mother because she looks only five years older than yourself.
3. An entire conversation (encapsulating but not limited to introductions, exposition, and the dawning comprehension which come out of life-changing revelations) can be held while waiting for the lift to arrive in your 10-storey office building.
4. You spend an awful lot of time getting in and out of cars and putting on seat-belts.
5. You enjoy saying the most obvious things. When a bunch of relatives turns up at your doorstep with enough luggage to see them through another world war, you say, "Eh, dah sampai dah." (Eh, you're here). They somehow resist the temptation to say, "Nah, we're just holograms."
6. Shopping complexes not only offer you a dazzling array of commercial goods but have free Infidelity Checks. Hang around one long enough and you will find out whether your loved one is cheating on your sorry ass. You will spot the scumbag/tramp in an intimate moment with a third party as they share an ice-cream or leave a shoe-store. While you make this discovery the shopping complex will arrange for you to be hidden behind a convenient pillar.
7. Board meetings tend go very easily because only two out of the dozen people in the room ever have anything to contribute. The others exist only to nod furiously. This is understandable because they all look too young to know anything. The signal for a meeting to end is when your handphone goes off.
8. At cafes you only ever order "fresh orange" juice and when it arrives it will have a whole jungle of sprigs and twigs sticking out of it. The profuse vegetation between your mouth and the drink will frustrate any attempt to take large, comfortable gulps, so you merely sip. If the chat you are having at the cafe does not go well you can storm out after an average of two and a half sips, leaving the other person to pay for everything.
9. There are night-time moments along an alley-way when you will surrender to an inexplicable urge to get beaten up. You will know when the time comes because blue smoke will appear out of nowhere.
10. The proper protocol when visiting a hospital is to pace restlessly up and down the corridor and then grab hold of the nearest white-coated specimen to demand, "Bagaimana keadaan dia, doktor?" ("How's s/he doing, doctor?") You will persist in this line of questioning even after he patiently explains that it is too soon to tell. You don't suspect the guy of being an imposter even though he seems awfully young to be a doctor.
11. Hands are an important guide to character. You know who your enemies are because they always crack their knuckles loudly before summoning the blue smoke. You know who your friends are because they always snap their fingers and say "Alright!" when you come up with some bright idea.
12. Your surroundings frequently come alive to the sound of muzak.

KEKEJAMAN PERUSUH
by Sekayu
Utusan adalah lidah rasmi kerajaan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab wartawan untuk memburukkan penyokong reformasi. Dalam satu keluarannya, Utusan menunjukkan gambar seorang polis berpakaian awam dengan lebam-lebam dan berbalut di jari. Di bawah gambar tersebut tertulis, "Ganas dan kejam sungguh perusuh pro-reformasi sehingga menyebabkan anggota polis masuk ICU." Penunjuk perasaan yang meyebabkan kecederaan polis tersebut telah dihadapkan ke mahkamah. Ketika membuat kenyataan kepada hakim, beliau merayu, "Tuan hakim, saya hanya seorang cacat. Tidak mungkin saya mampu mencederakan koperal polis itu. Dia (polis tersebut ) mendapat kecederaan pada jarinya kerana dia menumbuk sekuat hati kearah kaki palsu saya."

MAJULAH TINJU UNTUK NEGARA by Sampok Biki
Penjara Sungai Buloh dan Penjara Bukit Aman menggalakkan banduan bersukan. Untuk mempertingkatkan mutu sukan, setiap tahun diadakan satu kejohanan tinju tertutup yang boleh disertai oleh polis dan banduan sahaja. Selama 5 tahun berturut-turut KPN telah menyandang gelaran juara. Mendengar kehandalan KPN bertinju dengan banduan, Mike Tyson telah mencabar KPN. Sebagai seorang yang besar egonya, KPN telah menyambut cabaran. Perlawanan mereka disiarkan secara langsung oleh TV3. Malang sekali, KPN telah jatuh K.O. dengan sekali tumbukan sahaja. Wartawan sukan segera menemuramah Sapok Biki (Juara Tinju Sukom) untuk memberi ulasan terhadap punca kekalahan KPN. Sapok mengulas, "Walaupun sudah 5 tahun memegang Juara Kejohanan Tinju Penjara, KPN BELUM punya pengelaman bertarung dengan lawan yang TIDAK DIGARI DAN TIDAK DITUTUP MATA."

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com