Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Rabu, Mei 30, 2001

PERIBAHASA ALAF BARU
Berikut adalah senarai peribahasa baru yang disenaraikan dalam mesyuarat agung Dewan Bahasa & Pustaka.
a)ANJING MENUDUH BABI NAJIS= Menyalahkan orang lain dengan kekalahan yang berpunca dari diri sendiri
Dato Seri Abu Mengambil sikap ANJING MENUDUH BABI NAJIS apabila mendapat tahu sebahagian besar kawasannya jatuh ke tangan musuh.
b)TONGKAT ORANG KAYA= Pengampu YB UMNO
Kalau Abu tak jadi TONGKAT ORANG KAYA, masakan dia boleh pakai Mercedes dan selalu mengiringi YB keluar negara.
c)HAKIM SAKIT BELAKANG=Alasan untuk tidak muncul
Limah menggunakan taktik HAKIM SAKIT BELAKANG kerana dia takut untuk berdepan guru disiplin.
d)BATAL LEBUHRAYA= Membatal perjanjian/kontrak kerana dengki
Pertunangan antara Limah dan Abu BATAL LEBUHRAYA kerana Abu kurang senang dengan kejayaan Limah mengalahkannya dalam peraduan memancing.
e)KALAH CERMELANG, MENANG TERUK= Masih lagi diberi penghargaan walaupun tidak berjaya (Contoh: Hamid Osman)
Sebagai hadiah KALAH CERMELANG, MENANG TERUK dalam pertandingan memancing, Abu diberi sekotak tisu.


HELICOPTER RIDE by ANON
One day, Mahather, Siti Hasma, and Samy Bellu were riding in an helicopter. From above they saw an orang asli village.Siti Hasma said, "I am going to throw RM100.00 out of the window and make a person happy."Samy said, "Wait a second! Give me that RM100 note. I will throw two RM50 notes out of the window and make 2 people happy.
Mahather suddenly came up with a brilliant idea. He said, "Gimme that money. I will throw ten RM10.00 notes and make 10 people happy." The pilot (overhearing all of this) finally joined the conversation, "You know, why don't you guys throw Mahather out the window and make 20 million people happy?"

WAKIL by Shamsul
Ini komen saya tentang pilihanraya yang lepas. Apa kata kalau kita gelar calon--calon yg menang seperti berikut:

a) Calon yg. menang disebabkan sokongan rakyat. - Beliau perlu di panggil wakil rakyat. Tugasnya adalah utk.berkhidmat kpd. rakyat.
b) Calon yg. menang disebabkan undi pos. - Beliau perlu dipanggil wakil pos. Tugasnya adalah menjual setem, mengumpul surat, cop surat, hantar surat dan tugas2 yg.
sepertinya. Beliau perlu berada di pejabat pos atau mini pos setiap hari.
c) Calon yg. menang disebabkan pengundi hantu. - Beliau perlu dipanggil wakil hantu. Tugasnya adalah mengorek liang lahad, membersihkan kubur, menyusun atur kedudukan kubur dantugas2 yg berkaitan. Beliau perlu berada di kawasan perkuburan setiap hari. Di cadangkan juga agar penduduk tempatan mendirikan sebuah pejabat untuknya bersebelahan masjid.


RIANG RIA SATU RINGGIT
Untuk memantapkan ekonomi Malaysia selepas krisis matawang, mengabungan badan kewangan perlu dilakukan dengan segera. Dr. M sebagai CEO negara yang
berwawasan telah melancarkan satu skim baru untuk menyelamatkan ekonomi negara. Skim ini menjadi pujian ramai sahabat beliau. Dalam skim ini, semua
dana dari KWSP, Tabung Haji, ASJ,ASN dan ASNITA akan disatukan atau digabungkan menjadi satu dana yang yang lebih dinamik. Dana ini akan membantu "USAHAWAN SUPER-BUMIPUTRA" dari terus menerus diancam dengan kemelesetan ekonomi. Orang ramai juga digalakkan meyumbang bagi menjayakan
skim ini melalui kempen "Riang Ria Satu Ringgit". Mereka tidak perlu khuatir tentang pengurusan dana ini kerana ianya di tangan "orang" yang berpengelaman. Skim baru ini dinamakan, Dana Amanah Ikhlas Malaysia. Ia juga popular dengan singkatan, D.A.I.M.


Jumat, Mei 25, 2001

PENJARA PUDU

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik
inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-
samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata...

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu"
"Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang
punyaaaaaa" "Ha Ha Ha Ha Ha" "Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab
yang punyaaaaaa" Mendengarkan jin tersebut berkata demikian maka lintang
pukanglah berlari P.Ramlee meninggalkan gua itu..

Senin, Mei 14, 2001

RESULT PERIKSA

Menurut Hikayat Pahang, selain dari para menteri-menteri lain, Adenan Yakub juga tidak ketinggalan menghantar anak sulung nya ke Sekolah Tamil dengan harapan agar anaknya menjadi orang yang berguna, pandai cakap Tamil dan pandai putar belit. Di riwayatkan pada suatu hari maka panggillah Adenan akan anaknya untuk bertanya khabar tentang keputusan peperiksaan akhir tahun anak sulung nya itu.
"Boy, camana dengan keputusan periksa akhir tahun hang?"
"Periksa? Ok ayahanda." jawab anaknya dengan yakin.
"Kalau Ok, meh sini Ayahanda nak tengok result periksa hang."
"Result periksa tak dak lah ayahanda. Member Boy, Si Mirzen tu pinjam."
"Pinjam? Nak buat apa?" tanya Adenan kehairanan.
"Alaa,,, dia nak tunjuk kat Mummy dan Daddy dia. Katernya, saja nak menakut-nakutkan Mummy dan Daddy dier dengan result Boy tu,,," jelas anaknya.
“Takutkan Mummy dan Daddy dier. Nombor berapa yg hang dapat?”
“Nombor 35. Banyakkan Ayahanda.” jawab anaknya dengan bangga.

Rabu, Mei 09, 2001

TEMPAT DUDUK

Suatu hari anak isteri pertama Megat memberitahu ibunya perihal masa dia dan ayahnya, Megat menaiki bas ke Putrajaya.
"Ibu, semalam semasa adik naik bas dengan Daddy, Daddy telah meminta adik untuk memberikan tempat duduk adik kepada seorang wanita" kata anak itu.
"Jadi, adik telah berikan tempat duduk adik kepada wanita itu?" tanya ibunya.
"Iya." sambil mengangguk.
"Bagus. Itulah perangai anak Mummy yang sebenar. Baik dan berbudi bahasa." puji ibunya.
"Tapi Mummy, tempat duduk adik ialah di atas riba Daddy." jelas anak itu.

Selasa, Mei 08, 2001

Pochong dan Pontianak

Suatu hari hantu Pochong memberi tahu kawan rapat dia, Si Pontianak.
"Pontianak, aku ni dah naik boringla...kita ni hari-hari keja asyik-asyik menyakat orang, lepas tu rasuk orang. Tak ada cabaran. Aku ingat aku nak sakat orang lain lah pulak."
"Ngkau nak sakat saper lagi ni?" Pontianak bertanya.
"Mahder." Jawab Pochong dengan yakin.
"Mahder mana pulak ni?."
"Ala... Mahder, yang gitu-gitu tu. Ngkau tak kenal ker?" jawab Pochong.
"Ooo,,, Mahder tu. Isk,,, aku tak nak lah aku."
"Kenapa lak?"
"Aku dah pegi rumah dier minggu lepas. Puas aku cari dier tapi tak jumpa. Padahal aku tau dier ader dalam rumah."
"Ngkau pegi rumah dier? Mustahil ngkau tak jumpa. Kau jangan bohong aku la..."
"Betul la,,,"
"Rumah dier yang kat mana ni?" tanya Pochong.
"Kat Putrajaya. Besar sialll... Aku 2 - 3 kali sesat kat sana." kater Pontianak.
"Patutlaa..."

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com