Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Jumat, Maret 16, 2001

LAGI BERITA ANGIN MELAYU VS INDIA
oleh Samseng Taik Minyak
Pergaduhan antara kaum di Kg. Medan, Selangor menjadi bertambah buruk akibat berita angin yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Keengannan pihak bertanggungjawab
mendedahkan berita sebenar juga membuat isu ini bertambah hangat. Berikut adalah berita-berita angin yang gagal disiarkan oleh akhbar. Sila ELAK dari mempercayainya.


1. Kereta keranda keluarga MIC dihalang dari melalui jalan didepan rumah orang Melayu kerana mereka tidak bayar tol.
2. Pemuda Melayu pukul jiran India di kampung Medan kerana slot filem Hindi diganti dengan tayangan gambar Tamil.
3. Pemuda India menyerang lelaki Melayu yang bersilat pulut depan pengantin kerana dia sangka Melayu tersebut nak menyerang pengantin.
4.Sami Vellu berjaya mententeramkan orang mengamok hanya dengan bersalam dengan dan mencium bayi mereka.
5. Rumah-rumah setinggan di Kampung Medan akan diturun tarafkan sebagai reban ayam telor gred A+.
6. India mabok todi mengamok kerana diakhir drama tamil kegemarannya hero telah mati dilanggar LRT dan bukan keretapi biasa.
7. Sami kuil Kg. Ghandi menembak membuta tuli kerana PM, Menteri Pelancongan dan Menteri Hal Ehwal wanita, gagal membela nasib saudara mereka yang berdarah mamak.
8. Pergaduhan antara mat bangla dan mat Indon bermula hanya dengan perselisihan faham samada nak masuk minyak hijau, merah atau biru dalam tank kapcai pelanggan mereka.
9. Seorang pekerja cina lewat 30 minit datang tugas rukun tertangga. Perbalahan belaku antara penduduk apabila mereka berhujah samada Cina tersebut mengamalkan janji Melayu atau janji Keling.
10. Pertumpahan darah tercetus kerana seorang lelaki keturunan India sanggup menjadi Cina buta tetapi tidak sanggup jadi India buta.

Sekali lagi diingatkan bahawa ini isu serius. Jangan percaya khabar angin!

Kamis, Maret 01, 2001

------------------------------------------------
HARGA BUANG AIR forwarded by Jamna
Kenaikan tariff air mengejutkan pelbagai pihak. Serentak dengan itu, terdengar ura-ura bayaran MASUK TANDAS untuk buang air kecil (KENCIN) juga akan dinaikkan. Banyak pihak mengutarakan rasa tidak setuju. Ada juga yang menjustifikasikan dengan beberapa alasan.

Untuk itu Berita NTV 7 Eleven sempat menemubual reaksi beberapa tokoh tanahair.


"Kita terpaksa menaikkan bayaran untuk masuk tandas buang air kecil (kencing) kerana kerajaan terpaksa memberi subsidi berbillion ringgit setahun kepada pengusaha tandas."

- Mamat Khir

"Badan Bertindak Melayu akan anjurkan satu perhimpunan bernama "Takkan Melayu Kencin Didunia" untuk mengecam pemimpin kerajaan.
-- Berahim Ali.

"Kita akan kumpulkan semua belia dan pemuda Malaysia untuk menunjukkan sokongan pada pucuk pimpinan. " Perhimpunan Kencinisma Alaf Baru bersama Perdana Menteri " itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Rekods.
-- Hisamudin Aww

"Kementerian Dekat Negeri akan membuat serbuan kemana-mana tandas yang mengenakan
bayaran lebih dari had silling"
-- Muhyidin Masin

"Had silling baru untuk tandas awam:
Buang air kecik - 40 sen
Buang air besor - 80 sen
Recycle air kecik - dapat 20 sen balik.
-- Muhyidin Lagi

" Semua anggota polis dan FRU akan dikerahkan untuk menyuraikan mana-mana pihak yang kencin tanpa permit"
-- Dol Badawi

" Saya akan menjemput samua anggota IPF untuk kencin sacara free di tandas MIC"
-- Samy Value For Money

" Saya ada bukti. Orang ini (Azizan) sendiri tunjuk pada saya macammana cara kencin. Saya tanya sama dia, adakah dia sanggup 'kencin' dalam mahkamah.? Dia kata dia sanggup.."
-- Madir

"Saya akan meletakkan ..apa...apanama...jawatan hanya jika semua rakyat sudah berhenti kencin kat saya "
--Madir lagi...dan lagi..dan lagi..


Aku tambah sendiri...
"Kita naikkan kadar bayaran buang air ditoilet kerana kita kamu rakyat sedar bahawa membuang air adalah satu pembaziran"
--Daimon


----------------------------------
REKOD PONTENG YB
Satu usul dari pihak UMNO telah diketepikan kerana ia gagal dapat undi majoriti dari ahli parlimen. Mana mungkin ini terjadi kerana parlimen masih dikuasai oleh BN? Diceritakan bahawa ramai wakil rakyat BN telah ponteng pada hari tersebut. Rekod punch card menunjukkan rekod kehadiran yang teruk dikalangan ahli persidangan BN sepanjang tahun ini dan tahun lepas. Mereka berada dirumah, hotel, luar negeri dan juga padang golf. Tidak kurang juga yang sibuk dengan bisnes. Masalah ini amat kronik! Lalu, PM memerintahkan Menteri Multimedia menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan teknologi moden. Menteri Multimedia mengumpul semua pakar Internet dan ITnya dan membina alat perakam waktu kehadiran dengan menggunakan web-based punchcard. Kini, rekod kehadiran YB-YB BN adalah 100% kerana mereka boleh capai web-based punch card dari kelab golf, hotel
dan juga luar negeri jika mereka mahu!



Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com