Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Rabu, Juli 25, 2001

TOL MELAKA by Kilometer 30
Bagi memudahkan mengutip duit rakyat, Sami Vellu telah memperkenalkan sistem tol menggunakan smart-card. Namun begitu amat susah bagi PLUS untuk berkempen mempopularkan sistem tersebut. Mereka belum dapat nama yang sesuai untuk sistem itu. PLUS telah menjemput Tambi Kecik untuk merasmikan sistem yang tak bernama itu. Ketika merasmikan sistem itu, Tambi Kecik telah berskandal dengan gadis penjaga tol sehingga gadis berbadan dua. Kes ini ditutup dengan cepat dengan alasan tiada prima facie. Tambi Kecik berjaya melepaskan diri dari skandal itu. Namun, kes itu telah memberi PLUS idea untuk menamakan sistem baru kutipan tol itu sebagai, "TOUCH-N-GO."

UMNOPOLY BOARDGAME by Pak Ker Braders
Do you like to play the Monopoly Boardgame? If yes, this brand new game is guaranteed to thrill and entertain you. Check out the new crowd pleaser, UMNOPOLY: The Boardgame. The object of UMNOPOLY is to become the leading, wealthiest & most powerful player through privatisation, corruption, cronyism,nepotism and conspiracy. What differentiate Monopoly & UMNOPOLY?

Here are some rules of the UMNOPOLY game:

1)GO TO JAIL: You GO TO JAIL if (i) more than 5 tokens are gathering in one space or (ii)one of the players think you know nothing about finance.

2)FREE PARKING: There is no such thing as free parking anymore. This space is now under PLUS. The toll payment is based on the distance of your trip or the amount shown on the dice.

3)BANK: The bank can bailout any player who is nearly bankrupt provided that he has "You are a crony" card taken from the Community Chest card deck.

4)HOUSES: You are not allowed to build more than 10 low cost small reen houses but you are encouraged to build hotels. Condominiums can also be built by stacking 4 hotels on top of each other.

5)PROPERTY: If you have the information that a piece of land will be developed, you can buy the property there cheap before the information is spreaded to the public. You'll have a million dollar worth of property when the goverment decides to change your land to an International Airport.

6)UTILITIES: You can privatised your Electric Company and Water Work, and then claim bills twice as higher than usual from those who land on these spaces.

7)CARDS:Take the top card from the deck, follow the instructions and return the card face down to the bottom of the deck. The cards are "There's a Conspiracy against You: Go To Jail", "They Blame You for Rape: You Just Lose a Turn", "You're a crony: Get RM1000", "Get a backache: Take a Leave", "Go to the United Nation: Do Not Pass Go, Do not Collect $200" etc.

8)BANKRUPTCY: Don't burn the bridge yet. A bankrupt player must not retire from the game immediately. If he befriends the leading player he might get into the game again.

9)THE MONEY: Each player is given $1500 divided as follows: 2 each of $500's , $100's and $50's for bribing; 6 $20's for political favours; 5 each of $10's, $5's and $1's to pay gurkhas of your campaigns.

10)EQUIPMENT : The equipment consists of a board, 2 dice, tokens, 32 houses,12 hotels and 1 Grand Palace.



KEMPEN KITAR SEMULA (RECYCLE) by Tin Kosong
Semenjak isu reformasi, Utusan Malaysia dihina oleh ramai pembaca. Ada yang meludahnya, dan ada yang tidak melihat sebelah mata pun. Akibat dari pemboikotan media kumpulan Utusan, syarikat tersebut telah kerugian berjuta ringgit. Untuk menampung kos tersebut, syarikat bercadang mengitar semula kertas akhbar dan majalah. Merka berharap apabila kertas itu itu dijual dalam bentuk poster, buku, diari dan lain-lain, projek itu akan menjana keuntungan. Tapi malangnya, kilang kitaran semula kertas cuma membayar kepada syarikat seratus ringgit. Pengarah syarikat Utusan memarahi tokey kilang," Berjuta tan aku bagi kau, kau cuma pulang seratus ringgit. Apasal ni tokey? Mahu hina saya ke?" Tokey pun menjawab, "Aiyaaa, lu punya sulat khabar cuma boleh ploses jadik keltas tisu toilet saja. Mahu buat lain ploduk talak boleh." (Terjemahan: Kertas suratkhabar Utusan cuma layak dikitar semula menjadi kertas tisu tandas sahaja. Kertas itu tidak boleh dibuat menjadi barangan lain.)

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA by Kotak Rokok Merah
Regim kroni memang bersungguh dalam memberi peluang kewangan kepada industri-indistri tertentu. Dalam kes teksi misalnya, tauke meter menjadi kaya apabila JPJ mewajibkan teksi memasang meter. Pupakom juga kaya apabila teksi dimestikan memeriksa keenderaan melalui badan itu. Tauke textile juga kaya apabila pemandu teksi dimestikan memakai pakaian eragam. Tidak lama lagi, tauke cat pula akan kaya. JPJ merancang untuk mewajibkan setiap teksi dicat dengan , "AMARAN KERAJAAN MALAYSIA, PEMANDU MUNGKIN MEMASANG KASET BEKAS TPM."

Selasa, Juli 17, 2001

The embodiment of "FUN" in "FUNdamentalist Movement"
------------------------------------------------------------------
SALAH TU BANG AMENO by 29tepukan
Penganalis politik melaporkan bahawa amat ketara sekali bahawa pihak Penentang telah disokong oleh cerdik pandai, manakala AMENO mempergunakan sokongan pengikut mereka yang kurang berfikir. Pengikut AMENO yang bagai lembu dicucuk hidung itu mengadu kepada Dato Hisyammuddin tentang laporan penganalis politik itu. Dato Hisyammudin rasa tercabar lalu diadakan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil. Perhimpunan ini akan membuktikan bahawa penyokong AMENO juga cerdik. Dato Hisyamudddin memanggil seorang dari penyokongnya yang bernama Pak Umeno naik kepentas untuk diberi kuiz.

Dato: Berapakah 222+222?
Pak Umeno: Jawapannya tentu 2222!
Penyokong2 AMENO: Kami tahu jawapannya salah tapi beri dia peluang lagi.
(Mereka bertepuk sambil bersorak)
Dato: Berapakah 22 + 22?
Pak Umeno: Errr...Jawapannya 24!
Penyokong2 AMENO: Kami tahu jawapannya salah tapi beri dia peluang lagi.
(Mereka terus bertepuk sambil mengibar bendera cap keris)
Dato: Berapakah 2 + 2?
Pak Umeno: Jawapannya 4!
(Sorakan dan tepukan mereka makin bergemuruh)
Penyokong2 AMENO: Kami tahu jawapannya SALAH tapi beri dia peluang lagi!

KIRA-KIRA, HISAB & MATEMATIK TAMBAHAN
Perhimpunan menyokong reformasi di Dataran Merdeka melibatkan seramai lebih 50 000 rakyat. Utusan Malaysia cuba menyembunyikan cerita sebenar, mereka
mencetak hanya 5000 penyokong hadir. Ramai penyokong reformasi untuk mendisiplinkan kerajaan adalah golongan kakitangan kerajaan dan pelajar. Utusan Malaysia mencetak "Reformasi Tidak Mendapat Sokongan Cendiakawan dan Kakitangan Kerajaan." Apabila Ibrahim Ali melancarkan tunjuk perasaan anti-Estrada, Utusan melaporkan 200 orang berarak menentang Estrada di kedutaan Filipina. Padahal, dalam berita TV melaporkan 150 orang sahaja termasuk kanak-kanak.
Akibat dari manipulasi nombor dan perkataan, Utusan semakin merosot jualannya. Pengedar Utusan terpaksa menjual akhbar yang tidak laku kepada apek surat khabar lama. Apek membayar RM1 untuk 1 tan metrik kertas surat khabar Utusan. Budak pejabat yang menguruskan penjualan cuba mendapatkan harga yang lebih tinggi, "Tokey, boss saya marah nanti kalau dia tahu harga banyak murah." Apek menjawab, "Lu jangan lisau, orang Utusan talak tau kila punya." (Terjemahan dalam bahasa baku: Anda jangan bergundah gelana. Kakitangan Utusan tidak pandai matematik.)

BUKU PERTAMA NAJIB oleh Sang Nila Utama
Untuk merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia. Seseorang menteri itu haruslah berupaya menulis buku yang menjadi rujukan para cendiakawan dan pelajar. Tunku Abdul Rahman menulis, "May 13: Before and After", Tun Abdul Razak menulis,"National Unity Through Development", Dr. M telah menulis buku "The Malay Dilemma", dan Si Janggut juga telah menulis "Asian Renaissance". Faktor penulisan buku sebagai mangkin untuk menjadi top dan popular menarik minat Najib untuk mencuba.
Najib pun menulis sebuah buku. Sebelum diterbitkan banyak anak kroni berpeluang mengkaji buku ini. Bukunya juga amat popular sebagai rujukan dikalangan pelajar institut pengajian rendah. Cubalah cari hasil tulisan Najib di kedai buku yang berdekatan. Dengar khabar, ramai juga orang Kementerian Pendidikan yang ditahan bawah ISA atas cubaan menghalang niat beliau menerbitkan buku pasti hit yang bertajuk , "Mari Mewarna Bersama Abang Najib."

SEIYA DAN SEKATA, SEHATI DAN SEJIWA, 2 SOALAN 1 JAWAPAN(Sempena Valentine) nukilan Teruna
Dato' Sabarudin Kecik dan Datin merupakan pasangan yang yang ideal. Mereka sering sekata dan seiya dalam pelbagai perkara. Kadang-kadang reaksi mereka
kepada dua soalan yang berlainan adalah serupa. Pernah seorang wartawan majalah MASSA bertanya kepada Dato', " Bagaimanakah perjalanan perbicaraan
bekas TPM?"; dan seorang wartawan majalah ANJUNG SERI bertanya kepada Datin "Apakah saiz langsir yang akan dipasang di kediaman baru Datin?" Kedua
mereka, Dato' dan Datin, menjawab serentak , "Mungkin panjang lebar." Dalam sidang media yang sama, wartawan MASTIKA bertanya kepada Dato' Sabaruddin Kecik, "Berapa lamakah taklimat disiplin ahli UMNO akan dijalankan?"; dan wartawan Mingguan Perdana pula bertanya kepada Datin, "Bagaimanakah prestasi Dato' Sabaruddin di waktu malam?. Serentak mereka menjawab:"Pendek & Sekejap sahaja!"

Kamis, Juli 12, 2001

TOP 7 LIST by Masak Siang, Mentah Malam
PM gi tempat awak? Apa-apa anda buat, don't burn the hall! Berikut top 5 list perkara nak buat bila PM datang.
1. Isi borang cuti.
2. Sediakan soalan-soalan cepu mas untuk dia (Contoh: Kalau tak mau Universiti dipolitikkan kenapa bagi MCA satu Universiti?)
3. Kira berapa banyak dia kata, "Apa Nama..." dan lapor kepada Guness World Record.
4. Buat kain rentang, "Siapa Dr. M?"
5. Hantar resume by hand pada PM untuk apply jawatan menteri kewangan.
6. Beli kapas dan sumbat telinga.
7. Pada yang senang muntah, sediakan beg muntah macam dalam plane.

Kamis, Juli 05, 2001

SLOGAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIAby Ogos28
Berikut adalah slogan cadangan untuk promosi Tahun Melawat M'sia 2001.
Kelantan: Serambi Mekah
Terengganu: Negeri Tanpa Tol
Pahang: Ada Wang Kopi, Ada Tender Balak
Johor: Pekat Sepekat-pekatnya
Melaka: Sejarah Skandal Yang Panjang
Negeri Sembilan: Khinzir Sapo Tu Jang?
Selangor:Pengekspot Duit Ke Australia
Perak: Satu Negeri Satu Nama, Semua Adalah Yop
Pulau Pinang: Bahasa Melayu Bahasa Kedua
Kedah: Jelapang Kami, Bapak Hang Punya Kolam Udang
Perlis: Pintu Masuk Padang Arak, Padang Rokok
Sabah: Negeri Dibawah Giliran
Sarawak: Bumi Megaempangan Megabazir
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Serambi Neraka

CHOICES adapted from funnybone's

I have a MORAL question for you. This is an imaginary situation, but I think it is fun to decide what one would do.

IMAGINE THIS: You are in Shah Alam, and there is a huge flash flood in progress. Many homes have been lost, water supplies compromised, and infrastructure destroyed.
Let's say you're a photographer out getting still photos for a news service, travelling alone, looking for particularly poignant scenes. If you were to stumble across Dr. Mahathir struggling to keep from being swept away in a raging river and you had a choice of rescuing him or getting a Pulitzer prize-winning photograph of the death of
a Prime Minister ... which battery would you use? Energizer or Everready?

------------------------------------------------------------------
LAWAK KUDA LAGI adaptasi karya Dodol
*Untuk makluman semua, kuda yang telah menjatuhkan beliau (Dr.M) telah dikenakan tindakan mahkamah dan akan di bicarakan tidak lama lagi.


------------------------------------------------------------------
GHAFAR NGETOP!
Dr.M melaporkan kepada Ghafar bahawa jawatan PM akan dikosongkan. Ghafar dinasihatkan agar mempopularkan dirinya dengan rakyat supaya peluang beliau
menyandang jawatan tersebut lebih cerah. Pada bulan Ogos, Ghafar memulakan kempen untuk menjadi top dan pop. Beliau keluar di TV3 sebagai pejuang
kemerdekaan. Bila TPM dipecat, beliau ke Indonesia secara sukarela untuk menyebarkan berita tersebut. Malangnya, popularitinya merosot kerana dihalau
oleh rakyat Indonesia. Populariti Ghafar naik semula apabila mahkamah menarik semula label muflis yang dikenakan ke atas beliau dan keluarga. Beliau cuba bangkit lagi dengan membuat kenyataan kontroversi:Jawatan TPM harus ditiadakan. Namun, merosot lagi popularitinya kerana UMNO sendiri menolak cadangan bernas beliau. Dalam keadaan terdesak Ghafar telah meminta pertolongan Muhyidin (Menteri Belia dan Sukan) untuk mengaitkan beliau dengan mana-mana tokoh Sukan Komanwel yang sudah sedia popular dikalangan rakyat. Muhyidin pun membuat sidang media dengan mengumumkan, "Mulai hari ini, maskot sukan komanwel tidak lagi bergelar Wira, tetapi nama barunya adalah Ghafar. Langkah ini dibuat kerana terdapatnya kesamaan pada iras kedua-dua tokoh tersebut."

-------------------------------------------------------------------
STRATEGI MENGHUKUM SINGAPURA
Media Singapura cenderung untuk membela bekas TPM. Lalu, Dr.M mengerahkan kabinet untuk menghukum Singapura. Antara strategi menghukum negara jiran
tersebut adalah melarang kapalterbang mereka menggunakan ruang angkasa Malaysia dengan alasan kegiatan itu membahayakan rakyat. Langkah ini memberi
kesan kepada latihan Tentera Udara Singapura. Ringgit juga dilarang dibawa keluar ke Singapura. Langkah ini memberi kesan kepada pasaran matawang
Singapura. Selain dari itu, gula, tepung, dan minyak juga dilarang dibawa ke Singapura dengan alasan kegiatan ini membahayakan rakyat. Langkah ini
memberi kesan kepada industri cekodok dan roti prata Singapura. kebelakangan ini, pihak Imigerisen dan Kastam Johor melaporkan terdapat pergerakan aneh
di Pusat Pemeriksaan Kastam Tambak Johor. Bilangan PEREMPUAN TUA KEREPOT DENGAN RAMBUT BERGULUNG KE ATAS yang menyeberang ke Singapura untuk lawatan membeli belah telah meningkat. Rentetan dari laporan itu, pihak pembangkang menggesa peraturan baru yang berkaitan digubal segera. Mereka mahu: Larangan membawa keluar VIP PERGERAKAN WANITA UMNO membeli-belah ke Singapura kerana ini membahayakan rakyat Malaysia.

------------------------------------
NAMA BARU umNO
Dr. M merasakan semenjak menubuhan umNO baru, nama umNO tidak releven lagi dengan budaya memajukan dan mengayakan ahli-ahli pertubuhan itu. Ramai juga
yang tidak setuju dengan sentimen Dr.M itu, namun tidak seorang pun berani menidakkan pendapat beliau demi menjaga periuk nasi masing-masing. Semua
ahli Majlis Tertinggi hingga ke Majlis Terendah mengangguk mengiyakan cakap beliau selaku pemimpin. Sebulat suaralah mereka menyokong nama baru yang
lebih menggambarkan fungsi mereka yang sebenar.Sekarang mereka digelar: um"YES".

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com