Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Senin, Oktober 29, 2001

AKU GERAM NI... posted to my inbox by Saiful Azmi Murad 40
> > > Aku geram ni,
> > > US, Israel, Yahudi tak sedar diri,
> > > Mengganas, membunuh kerjanya lagi,
> > > Orang Islam bagai hilang gigi,
> > > Melawan dikata Islam zalim, keji,
> > > Nak lawan, dihalang birokrasi,
> > > Tak lawan, alasan menggunung tinggi,
> > > Tambah dosa lagi.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Benci punya benci,
> > > Rupanya aku ada juga 'support' si bedebah ni,
> > > From head to toe, diorang dalangi,
> > > Badan dan jiwa campur benda tak suci,
> > > Sebab tulah, doa tak makbul hingga kini.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Dulu syampu Pantene aku langgani,
> > > Head & Shoulder, Sunsilk pun digemari,
> > > Sekarang sebab marahkan Yahudi,
> > > Sabun ketul pun, rambut ku boleh cuci.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Zest, Lux, Camay, Dove rangkaian sabun mandi,
> > > Sental badan buang peluh dan daki,
> > > Rupa-rupanya dana mereka bertambah bila kita beli,
> > > Aku tak rela, langsung sabun cap kapak ku guna pun wangi.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Dulu, sebab nafsu perut ku ni,
> > > 'Santap' di Pizza Hut, McDonald, Paradise, Kantis + KFC,
> > > Tak cukup dengan itu, McBurger, Arby's, Tika pun disinggahi,
> > > Sekarang allergik, meluat lagi,
> > > Walaupun tak pandai masak, lebih rela makan nasi basi.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Jejaka di sana minum Coca Cola & Pepsi,
> > > Rupa-rupanya Pay Every Penny To Save Israel,
> > > Di sebelahnya pula sedang 'tonyoh' gincu Revlon bikin mulut seksi,
> > > Berkepit ke sana ke mari,
> > > Sakitnya mata, sakitnya hati,
> > > Betapa hukum diinjak dengan kaki.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Memang aku hantu biskut dan roti,
> > > Samba, Fun, Hohos, Cup Cake & Twinkies,
> > > Sampai bila-bila pun ku takkan sentuh lagi,
> > > Ibarat memuaskan selera dnegan peluru besi,
> > > Membunuh muslim mujahidin termasuk baby.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Dengar kaset nasyid & ceramah, walk man guna bateri,
> > > Duracell, Energizer, & Eveready,
> > > Harapkan pahala bertambah, ilmu pun dapat lagi,
> > > Sedar tak sedar, dosa ku beban diri,
> > > Cari bateri lain barulah ilmu diberkati,
> > > Lebih mudah dihayati dan di amali.
> > >
> > > Aku geram ni,
> > > Mulai saat ni,
> > > Perisytiharaan baraah perlu dalam diri,
> > > Putuskan hubungan dengan Amerika & Yahudi,
> > > Yang selama ini Islam dimusuhi,
> > > Lumpuhkan ekonomi mereka itulah janji,
> > > Buat apa kita beli


CAR STICKERS FOR YOU
by Tanpa Plumbum


Here are some car stickers seen on automobiles around Kuala Lumpur.
1. Wan Azizah's Pajero: "CAUTION: Children on Board"
2. Erik Chia: "Caution: Man on the run"
3. Ibrahim Katak's Merc: "Caution: TADPOLES on Board"
4. Ummi's BMW: "CAUTION: Letters on Board"
5. Dr. Malafidey's Perdana: "Mentioned: Gillete on Boardmeeting"
6. Daim's RRoll Royce: "CAUTION: MONEY BEYOND YOUR WILDEST DREAM on Board"
7. Ghafar's Kancil: "UNEMPLOYED:The Man is Bored"
8. Samy Value's Ishwara: "Caution: Toll Booth on Board"
9. Rahim "doggie daddy" Nor's Volvo: "Caution: PUPPIES on Board"
10. Rahim Tambi's Honda: "Caution: Underage Child on BED"



KAJI SELIDIK UMNO Posted by Kumbang

Ahli UMNO,
Sila jawab kaji selidik berikut bagi menentukan kejayaan Barisan Nasional.BULATKAN jawapan pilihan anda. Kerjasama anda amatlah dihargai.
1. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pengkhianat kerana dia mendedahkan dokumen tentang salahlaku dan skandal pemimpin UMNO.
Ya Tidak

2. Kelantan adalah negeri yang mundur kerana tiada rumah mewah, bangunan tinggi dan kilang milik tauke-tauke Singapura.
Ya Tidak

3. Harakah adalah suratkhabar pelampau Islam kerana ia tidak memuatkan keputusan loteri dan gambar artis separuh bogel seperti Utusan Malaysia.
Ya Tidak

4. Barisan Nasional berjaya melahirkan ramai jutawan bumiputera di kalangan anak-anak menteri dan sahabat mereka.
Ya Tidak

5. Dato Seri Dr Mahathir berjaya meletak Malaysia di mata dunia dengan menganjurkan Sukan Komanwel yang kerugian RM400 juta.
Ya Tidak

6. Dato Seri Dr. Mahathir dihormati oleh pemimpin negara miskin dunia ketiga kerana dia memiliki jet persendirian dan mahligai yang berjuta-juta nilainya.
Ya Tidak

7. Dato Seri Dr. Mahathir berjaya membangunkan Langkawi sebagai pusat pelancongan yang ternama dengan cara menurunkan harga arak melalui pembasmian cukai keatasnya.
Ya Tidak

8. Pemimpin-pemimpin BN terdiri dari pemimpin pilihan rakyat untuk mengaut tender dan projek jutaan ringgit.
Ya Tidak

9. Pinjaman wang dari Jepun boleh membantu kerajaan dalam membiayai persembahan dangdut ketika menyambut perayaan kemerdekaan ke-42.
Ya Tidak

10. Segelintir ahli PAS yang taksub telah memilih UMNO kerana mereka tidak setuju ramai sangat bekas ahli UMNO yang menyertai PAS.
Ya Tidak

Borang ini boleh difotokopi untuk edaran di kalangan ahli UMNO sahaja. Semua borang yang sudah lengkap diisi hendaklah di pos ke Biro Propaganda BN,Bangunan Ibrahim Ali, Lorong Hj. Taib, Chow Kit, 40300 Kuala Lumpur. Sebagai ucapan terimakasih, kami akan mengirim Borang Permohonan Tanah bagi kawasan Gelang Patah dan Putra Jaya. Piagam kami, jika anda tidak menerima
Borang Permohonan Tanah dalam masa dua hari selepas tarikh surat dipos, anda boleh pangkah Parti Alternatif. Sekian, terimakasih.


SURAT TERBUKA UNTK Dr.M Posted by Datuk Keramat


Surat Terbuka untuk YB. Dato Dr. Mahathir Mohammad
YB. Dato Dr. Mahathir Mohammad,

Per: Menaikkan Taraf Tadika Kemas Kg. Ulu

Saya adalah Pengerusi AJK Tadika Kemas Kg. Ulu, berbesar hati untuk memohon jasa baik Y.B. untuk memerintahkan agar Tadika Kemas Kg. Ulu dinaikkan taraf sebagai UNIVERSITI Kemas Kg. Ulu. Ini adalah selaras dengan polisi kerajaan untuk menaburkan universiti dimerata Malaysia sebagai manifesto pilihanraya 1999/2000.

Dalam kertas cadangan, kami tidak akan mengubah polisi mengambil pelajar lebih dari 7 tahun. Perubahan nama ini cuma memberi pengiktirafan kepada jasa Y.B. dalam menjana sistem pendidikan yang terbaik di mata dunia. Walaubagaimanapun, jika anak Y.B. ingin memohon masuk ke Universiti Kemas Kg. Ulu, dia akan diberi keutamaan.

Sehubungan dengan itu satu pesta besar-besaran akan diadakan di padang bersebelahan Balairaya Kg. Ulu untuk menyambut ketibaaan Y.B. Kami telah menjemput Ratu Gelek, Puteri Pop, Puteri Rock, Puteri Irama Malaysia dan Putera Katak untuk memeriahkan suasana. Tidak ketinggalan adalah kombo RTM. Untuk mengelakkan penonton lari selepas makan, makanan akan dihidangkan sebaik sahaja ucapan YB selesai.

Selain dari merasmikan Universiti Kemas Kg. Ulu, Y.B. juga akan berpeluang untuk merasmikan setiap reban ayam di Kampung Ulu. Kami menjangkakan YB akan dapat liputan yang meluas oleh pihak media bersesuaian dengan matlamat untuk mempropagandakan jasa YB kepada rakyat.

Segala jasabaik Y.B. saya dahului dengan ucapan terimakasih.

Sekian,

Yang Benar,

Tanda Tangan
Penghulu Kampung Ulu.

p.s. Tender yang saya mohon dah lulus ke?
Pecah Kaca Pecah Gelas, Lepas Baca Harap Balas.



Jumat, Oktober 19, 2001

Tips for demonstrator by Mat Demo 39
1. Pakai running shoes. Kalau boleh yang khas dengan spike untuk 100M dash. Kalau FRU kejar, pasti mereka tercungap.
2. Pakai gogel macam bersiap sedia untuk berenang. Pastikan gogel anda tak pecah. Gas pemedih mata tidak dapat menembusi gogel yang baik.
3. Bawa tuala/guni dan air mineral. Cover tabung gas pemedih mata dengan tuala atau guni basah supaya gas tidak merebak. Anda boleh jadi hero menyelamatkan orang tua, wanita dan kanak-kanak.
4. SB akan menggunakan petanda pengenalan seperti ikatan kain pada lengan atau selendang. Dalam kecemasan, tiru mereka supaya mereka sangka anda jugak SB.
5. Jika anda perlu lari, sila lari ke arah wartawan CNN, AFP,Channelnewsasia atau BBC. Pendek kata, lari ke arah wartawan asing. Kalau anda terjatuh dan dipukul, sekurang-kurangnya dunia boleh melihat anda.
6. Bawa kamera bagi merakamkan keganasan pihak orang jahat!
7. Pakai vest supaya mereka sangka anda adalah jurukamera.
8. Apabila dibelasah sila buat aksi sakit melampau yang dramatik macam wrestling atau Piala malaysia. Ini mungkin membangkitkan belas kesian FRU. Mereka mungkin berhenti menendang, dan mula mencubit pula.
9. Bawa persalinan pakaian yang banyak. Baju anda mungkin basah disiram oleh water canon. Lagipun kalau SB ambil gambar anda, tidaklah gambar anda tu posing dalam baju yang sama. Biar ada kepelbagaian. Pengantin pun tukar 5-6 pasang baju.
10. Akhir sekali, jaga akhlak anda. Jangan mengganas tak tentu pasal.
Selamat berjuang.
------------------------------------------------------------------

Samy Buat Laporan Posted by haLIMAU BALI

Salah satu cara mengampu adalah mempertahankan Hj. Mahamalafidey apabila akhbar Harakah membidas beliau. Samy, Berahim dan Sanusi pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang akhbar Harakah. Upacara membuat laporan itu disiarkan secara langsung oleh RTM & TV3. Setelah Samy selesai membuat laporan dia berdiri ditepi menunggu giliran sahabatnya yang lain. Berahim melaporkan ahawa Harakah keluaran Isnin yang dia BACA telah memburukkan nama presiden UM'YES" ; dan Sanusi pula melaporkan bahawa Harakah keluaran Jumaat yang dia BACA memburukkan nama presiden BN.Mereka mahu pihak polis
memberkas pengarang Harakah. Seorang prebet polis sebaliknya telah menggari Berahim & Sanusi. Mereka bertanya, "Apasal tangkap kami pulak?" Prebet menjawab, En. Samy buat aduan bahawa ramai bukan ahli PAS telah memBACA Harakah. Dia mahu pemBACA-pemBACA ditangkap. Samy yang menunggu menepuk kepalanya, "Ayo! Mana saya tahu kamu berdua memBACA
Harakah. Saya mahu tetarik balik laporan saya."
------------------------------------------------------------------

Bomoh PAS & Bomoh UMNO Posted by Dukun Lintah

An unnamed UMNO member was chosen by the great PM to run against Ust. Harun Din in the next general election 2004. The unnamed candidate was very concerned of the fact that his opponent is well known for his "effectiveprayers" (Doa yang mustajab). Realising that his own knowledge in Islam is shallow, the unnamed candidate then sought the help of another famous "bomoh" in order to pray for his victory. The "bomoh" said, "I'll try my best to assist you but I do not guarantee success. Allah decides
everything." Upon the completion of the related spiritual ritual, the unnamed cadidate offered the bomoh a certain amount of money. The bomoh said, "I do not want to accept anything from you. Being able to help you is reward enough for me. My teacher always adviced me to help people even bad ones." "Your teacher must be a great man." The unnamed candidate then asked,
"Who is yourteacher?". The bomoh answered with a smile, "My teacher is the famous "bomoh PAS",Ust. Harun Din himself." :)

p.s. This fiction is based on a true event.

Sabtu, Oktober 13, 2001

ZIP PENGKHIANAT NEGARA by Petrol

Dr. M menggesa Abdullah Badwi mematahkan serangan rakyat Malaysia yang memburukkannya di luar negara. Ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Abdullah Badwi mengambil peluang menyampaikan amanat Dr. M. Beliau berucap,"…mereka-mereka yang memburukkan pemimpin Malaysia di luar negara adalah bacul. Mereka yang membuat teguran ke atas keburukan pemimpin adalah sama dengan PENGKHIANAT negara." Tiba-tiba semua ahli PBB bangun dan bertepuk tangan sambil ketawa. Barulah Abdullah Badwi tersedar bahawa zip seluarnya terlupa di pasangkan. Lebih memburukan lagi keadaan, ketika itu
dia tidak memakai seluar dalam. Abdullah memarahi pengawalnya kerana gagal menegur keadaan zip seluarnya sebelum beliau naik ke pentas. Pengawal itu berkata, "Saya tidak menegur kesilapan seorang pemimpin besar seperti Tuan kerana saya bukanlah
PENGKHIANAT negara".
------------------------------------------------------------------

INDUSTRI BABI by Harimau Belanda

Ibu aku membaca surat khabar lalu mengeluh, "Banyaknyaaa kandang babi..." Di bawah BN negara kita berubah menjadi negara perindustrian babi tanpa disedari oleh rakyat. Mungkinkah ini projek mega dalam tahap sulit? Terlalu banyaknya babi didalam negara ini hingga kita terpaksa memerlukan ATM untuk menghapuskan mereka. Tidak sia-sialah peralatan perang seperti jet pejuang
dan kapal perang yang dibeli. ATM sudah lama bersedia untuk menghadapi krisis JE ini. Jika perindutrian babi ini tidak disekat hari ini ianya akan mempengaruhi sosiopolitik dan budaya kita. Aku meramalkan menjelang abad ke 21:

1. Perodua akan mengeluarkan sebuah kereta Babi Era yang berbentuk gemuk dan pendek, tidak perlu potong spring lagi.
2. Kedah masih dikenali sebagai "Jelapang Padi M'sia", tapi Negeri Sembilan akan digelar, "Kandang Babi Dunia."
3. Maskot olimpik 2008 yang dibuat di KL adalah "Tonyok The Pig."
4. Dana Perindustrian Babi akan ditampung oleh Loteri Judi 4D dengan nama "Nombor Ekor Babi"
5.Jabatan haiwan akan mengishtiharkan bahawa babi adalah haiwan terlindung.
6. ATM akan mengadakan latihan perang dengan babi setiap tahun.
7. Kaum Cina diminta mengishtiharkan setiap tahun sebagai tahun babi, tahun haiwan lain tidak releven lagi.
8. Malaysia akan menjadi pembekal utama senjata biologi berasaskan kuman JE & Hendra.
9. Tahun 1999 dianggap sebagai tahun pembunuhan babi secara beramai-ramai dalam buku sejarah KBSM.
10. Oleh kerana terlalu banyak babi berkeliaran, orang Muslim terpaksa membawa baldi & seplastik tanah kemana-mana untuk menyamak diri mereka.
------------------------------------------------------------------

RUMAH MAHATHIR by Limau Madu

Sebuah sekolah rendah di Pekan Nenas, Pontian, Johor membahagi-bahagi rumah sukannya mengikut nama-nama perdana menteri Malaysia. Ada empat buah rumah semuanya: Rumah Abdul Rahman, Rumah Abdul Razak, Rumah Hussein Onn dan Rumah
Mahathir. Suatu pagi Sabtu, guru besar sekolah mengerahkan pelajar-pelajar berkumpul mengikut rumah masing-masing kerana dia mahu memberi taklimat tentang sukan tahunan mereka. 3 pelajar merasa amat malu untuk mengakui mereka berada dalam Rumah Mahathir memandangkan imej perdana menteri itu amat rendah sekarang. Maka ketiga-tiga pelajar itu enggan masuk dalam
kumpulan mereka. Guru besar pun bertanya kepada ketiga-tiga pelajar Rumah Mahathir yang enggan mengikut arahan itu: "Kamu ni pelajar rumah apa? Rumah Mahathir bukan? Kenapa tak masuk dalam kumpulan kamu?" Pelajar-pelajar itu menjawab:
Pelajar 1:"Saya bukan Rumah Mahathir, saya rumah setinggan cikgu."
Pelajar 2:"Saya tak boleh masuk Rumah Mahathir, bilik tak cukup cikgu."
Pelajar 3:"Mahathir bukan ada rumah cikgu, dia ada mahligai."

Ketiga-tiga pelajar loyar buruk itu diberi tindakan disiplin lari keliling padang.;-)

Rabu, Oktober 10, 2001

SUPERIMPOSED 18SX by playboya 37
Sebelas gambar Rahim Tambi Kecik & seorang artis sedang melakukan aksi lucah tersebar luas melalui internet. Artis yang berumur 21 tahun yang sedang popular dengan lagu "Terajang Perempuan" menafikan gambar tersebut adalah gambarnya dalam rancangan hiburan Melodi di TV3.Sementara itu Rahim Tambi Kecik membuat sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Beliau berkata, "Saya adalah mangsa fitnah teknologi superimpose yang boleh dibuat dengan mana-mana software grafik cetak rompak." Beliau menangis semasa menafikan penglibatannya. Rahim Tambi Kecik berhujah lagi, "Saya KENAL BETUL artis tu, tak mungkin dia begitu. KALAU BENAR gambar tersebut adalah gambar artis yang dikaitkan dengan saya, MAKA sudah tentu pada payu dara sebelah kanannya terdapat TAHI LALAT YANG BERDIAMETER 3 CM dan di punggung kirinya terdapat KURAP YANG
MENGGERUTU LAGI KESAT RASANYA. Tapi pada gambar di internet tu tak ada pun." Wartawan Utusan dan TV3 agak terpinga-pinga dan bertanya sesama sendiri samada kenyataan YB itu perlu diedit atau tidak.

SIDANG MEDIA DUGONG by Dugong Jadian

Tired of comments on the dugong? One more message won't hurt. Press statements released on the issue of the dead dugong.

10. Abdullah Badwi, "Jabatan Haiwan akan dikerah supaya bersikap mesra dugong." Harian Metro.
9. Justice Paul, "Irrelevant. The death of the dugong was beyond the government's jurisdiction". The Star.
8. Sanusi, " Kita akan tanam mayat dugong tu atas bumbung." RTM1.
7. Samy, "I shed tears for the dugong." The Sun.
6. Najib, " Biologi Dugong akan diperkenalkan dalam KBSM & KBSR." NTV7.
5. Brahim Ali, "UMNO will sue the dead dugong's family for embarassing the goverment of M'sia." TV3 News.
4. Dr. MM, "The wound on the dugong was ..apa nama.. self inflicted." NST.
3. Megat Junid, " Ibu dugong tu janda ke?" Majalah Mangga.
2. Rahim Nor, "Dugong tu "provoke" saya. Dia kata saya ni bapak anjing laut." URTV.
1. Ghafar, "Dugong? Dugong tu apa? Makanan dalam tin ke?." Berita Harian.

Nota:Lawak di atas amat popular. Banyak laman-laman reformasi memuatkankanya di dada site mereka. Harakah 22Mac 1999 juga tidak ketinggalan menyiarkannya dalam nafas baru seperti di bawah.

Death of the Dugong - What They Must Have Said
"The Fisheries Department should adapt a more 'dugong mesra' attitude in future" - Abdullah Badawi.
"Although the dugong did not pay toll for entering our waters, I shed tears for the dugong." - Samy Vellu.
"We will have a new love dugong campaign to instill love of the dugong in future generation." - Sanusi Junid.
"Irrelevant. The death of the dugong was beyond the government's jurisdiction" - Mr.Paul.
"A new syllabus on Dugong Biology will be introduced to University students so that they do not indulge in unhealthy political activities" - Najib Razak
"If not for the death, the dugong would have registered as a member... what a waste" - Fadzil Noor.
"UMNO will sue the dead dugong's family for embarassing the goverment of Malaysia."- Brahim Ali.
"A Royal Commission of Inquiry must be set up immediately to investigate the dugong's death if the goverment is to have any semblace of transperancy"-Lim Kit Siang.
"The Dugong must have been provoked. It said something like 'bapak anjing laut.'- Rahim Noor.
"Give me four months to investigate the injuries. Take away the dugong, and I'm done"- Mohtar Abdullah.
"I leave it to the Honourable PM, he knows best..." - Ling Liong Sik
"The wound on the dugong was ..apa nama.. self inflicted... to gain international sympathy" - ...Guess who?

TIADA LAGI KEMISKINAN Posted by Apek Lompat
Pada hari terakhir kempen pilihanraya Sabah, MM telah berucap di hadapan ribuan rakyat Sabah di Stadium Likas, "Dalam pemerintahan BN, tiada lagi ...apa nama... kemiskinan di Sabah! Murtadlah saya jika tuan sekelian dapat melihat kemiskinan ...apa nama... di Sabah!" (Begitu senang orang UMNO mempertaruhkan iman) Sorang apek yang berkerja sebagai tukang jahit merasa sangsi dengan kenyataan MM. Lalu beliau menegur, " Aiyaaa Dato Seli, gua talak percaya lu punya celita. Buktikan pada gua." MM pun membalas,"Saya boleh...apa nama...buktikan pada awak tiada kemiskinan ... apa nama... di Sabah. Tapi kamu mesti ikut SYARAT saya." Tanpa berlengah apek itu mengangguk. "Gua ikut lupunya syalat." Dengan di"escort" oleh pengawal keselamatan, MM dan apek pun pergi melawat satu kawasan setinggan yang paling daif sekali di Sabah. Diakhir lawatan apek pun berkata, "Lu manyak butut. Talak bohong punya. Gua talak nampak kemiskinan langsung! Tapi lu punya syalat. Aiyaaa... Hati gua manyak susah ooo JALAN TUTUP MATA."

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com