Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Selasa, November 27, 2001

CERITA PERTEMBUNGAN ZAMAN - Rombongan Cik Kiah Ke KL
Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. " Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat ? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga ? mana ada telaga dalam rumah macam ni ? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa.

Selasa, November 06, 2001

MUSIM LAWAK PENDEK dari lalat_1881 dari persisma dari steven smith

KACANG
Man: Sorry nek man makan kacang badam dlm piring tu tadi.
Nenek: Makan la man. Nenek pun tak leh kunyah kacang tu. nek hanya kulum coklatnya je.
----------------------------------------------------------------------------------------------

KAPALTERBANG
From an American Airlines Commercials :
Why waste time at the airports? Americans Airlines now flies directly to your office.

--------------------------------------------------------------------------------
DURIAN
SoALaN: Makan durian buang kulit ok kalau orang makan kulit durian buang apa?
Jawapan: Buang tebiat ler! hehee!!

--------------------------------------------------------------------------------
SEKOLAH
Dlm satu ujikaji ttg bahayanya minuman keras seorang guru kimia memasukkan seekor cacing kedlm air bersih dan seekor dlm minuman keras.Dlm beberapa minit cacing didlm minuman keras tadi mati..
Cikgu: Apa yg kamu pelajari dlm ujikaji ini?
Murid: Utk mengelakkan kecacingan minum la minuman keras.

--------------------------------------------------------------------------------

TALIBAN
tali apa yg kuat ? taliban

--------------------------------------------------------------------------------

Lawak Melayu Baru.
Sulaiman menelefon anak bongsunya Ali di Amerika, " mak dan abah akan berpisah". Ali gempar dan berkata,"betul ke? Nanti Ali telefon kakak di Florida, kami akan balik ke Malaysia".(mereka sudah 5 tahun tidak pernah pulang). Sulaiman letak telefon dan berkata pada isterinya," anak-anak kita balik Hari Raya ni." Mereka tersenyum.

--------------------------------------------------------------------------------
MOTORSIKAL
Seorang yang agak tinggi telah membonceng sebuah motor Honda.Apabila sampai dilampu isyarat,lampu merah pun menyala dan motor pun diberhentikan.Pembonceng tadi berdiri mengambil rokok didalam sakunya .Tiba-tiba lampu hijau menyala ,dan temannya pun memecut,lalu pembonceng pun tertinggal ditengah jalan raya dengam keadaan terkangkang dan terpinga-pinga bersama sebatang rokok

--------------------------------------------------------------------------------

SUKAN
Satu sukan dikenalkan disukan SEA iaitu pertandingan keras kepala. Dimulakan dgn peserta Thai naik ketingkat satu dan terjun..whoosh!Gedegam..dia bangun tanpa cedera..peserta kedua Indonesia naik ketingkat dua. Zoooom!Bang!dia bangun sambil menggosok kepala..tibala peserta negara.naik ketingkat enam..Sampai aje dia hanya berdiri..pengadil berkali-kali suruh dia terjun..dia tetap tak mau..akhirnya selepas bermesyuarat..keputusannya pemenang ialah dr Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------

NENEK
seorang nenek nazak didatangi mudhin, tiba2 nenek terketar2 dan meminta kertas dari mudhin. setelah menulis , diberikanya kepada mudhin.selang seminggu kematian neneknya , mudhin pun membaca surat yg berbunyi " woit mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas "

--------------------------------------------------------------------------------

PISANG
Sewaktu saya balik dari Malaysia, saya bawa pisang dari Malaysia. Saya beri sesikat pada jiran saya orang badwi. Petang itu dia datang rumah saya dan berkata, buah yang kami bagi tu sedap. Tapi kenapa biji dia nih besar sangat? sambil menunjukkan pisang yg dah dikupas. Rupanya dia makan kulit pisang

--------------------------------------------------------------------------------

KAYA
pembeli: oi mamak saya nak kaya satu
mamak: nak kaya pi lah kerja
pembeli: bukan yang tu ,saya nak kaya yang lain
mamak: ayoyo lu nak kaya lu pergi sana kerja lah jangan kacau sini punya
pembeli: saya nak kaya yang sapu roti bukannya nak jadi kayalah mamak
mamak: oooo lu takde jakap awal-awal bikin susah orang je.

--------------------------------------------------------------------------------

ANJING
2 ekor anjing telah terperangkap disebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. tiba masanya kedua-duanya pun menyebrang dan anjing B sampai awal dr anjing A, sempat makan lagi. nak tahu kenapa..coz anjing B adalah ANJING LAUT


--------------------------------------------------------------------------------

TERJUN
Di satu sekolah seorang murid terkejut beruk apabila mendapati beg sekolah yang dibawa adalah beg payung terjun bapanya. Pada aras laut 3000 kaki seorang penerjun terkejut bapak beruk mendapati alatulis dan buku-buku sekolah terkeluar dari beg payung terjunnya.


--------------------------------------------------------------------------------

FLAT
Seorang perempuan tua yang mempunyai seorang cucu,hidup perempuan tua ini penuh dengan pantang larang jadi,di suatu senja cucu perempuannya betsiul,perempuan itu berkata"tak baik senja-senja ni bersiul nanti ular masuk""larat ke ular nak panjat rumah kite yang berada di tingkat 16 ni nek?"jawab cucunya...(perempuan tua itu pening dan bingung). laaa...rupa-rupanya diorang tinggal kat flat.


--------------------------------------------------------------------------------

6.30 PAGI
Sepasang suami isteri tidak bertegur sapa. Si suami telah menulis satu nota kepada isteri " KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI " Si suami lewat bangun dan terbaca " BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com