Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Jumat, Februari 15, 2002

JELINGAN AYAH dari Mytears 45-47
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia menjeling padaku, bermakna aku disuruh letakkan gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit dicelah punggungnya. Aku yang ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

TWO MEN & A LADY from Abu Sayyap

Two Italian men and a lady stranded on a desert island - the two fought and one KILLED the other to have the lady.

Two American men and a lady stranded on a desert island - they both had the lady TOGETHER.

Two French men and a lady stranded on a desert island - they killed the lady to have EACH OTHER.

Two Indonesia men and a lady stranded on a desert island-The first man claimed that island is independent and took the lady as his advisor. The second man swam to another island to search for jobs.

Two Thai men and a lady stranded on a desert island- the first man rented the lady to the second man for 2 baht a night.

Two Filipino men and a lady stranded on a desert island-the first man kidnapped the lady and asked for ransom from the other one.

Two Singaporean men and a lady stranded on a desert island - the two are still waiting for instructions from the GOVERNMENT.

Two Malaysian men and a lady were stranded, the lady ACCUSED the first man had sodomised the other man just because she was rejected by both.

LAGI BERITA KHALWAT by Akiki
Selepas berita khalwat palsu abang Anwar dingin, Dr. M memerintahkan jabatan politik jahatnya untuk terus mengotorkan nama ISI RUMAH Anwar. "Sebarkan dalam akhbar", katanya. "Aku mahu berita skandal seks sensasi berlaku dirumah itu!" jerkahnya lagi. Amat susah bagi ahli-ahli jabatan itu untuk mengadakan benda yang tidak ada.Namun, perintah Dr. M dianggap sebagai
firman, mesti dipatuhi. Esoknya dimuka depan Utusan Meloya terpapar satu kisah skandal seks khalwat yang sensasi.

"HUBUNGAN SEKS TANPA NIKAH DI RUMAH ANWAR: Kuala Lumpur, Jumaat, 22 Oktober 1999. Wartawan Utusan merakamkan
adegan seks luar nikah dihalaman rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber menyatakan pasangan yang terlibat adalah hanyalah kucing jantan peliharaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan seekor kucing siam betina yang tidak dikenali. Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengesahkan kejadian. Pihak mahkamah sedang menimbangkan tindakan yang akan diambil ke atas
kucing-kucing tersebut. Sementara itu Ibrahim Alie telah mendahului ahli UMNO yang lain dalam membuat laporan polis tentang kejadian itu..."


Who wants to be a millionaire? by Jalal Hassin

Soalan Pemilihan Peserta
Susunkan personaliti berikut mengikut aturan paling korup kepada paling kurang korup.
a)Anak Dr.M b)Anak Rafidah c)Anak Ling d)Anak Husein Onn

RM 100.
Di manakah letaknya kawasan perindustrian khinzir terbesar di Malaysia?
a)Bukit Aman b)Bukit Jalil c) Bukit Kepung d) Bukit Pelanduk

RM 200
Bahasa Melayu: Sambungkan bidalan berikut: Tamak macam ...
a)Mereka dengan keluarga mereka b)Kroni dengan bayangan maut c)Bapak anjing dengan karate d)Anjing dengan bayang-bayang

RM 300
Siapakah antara yang bukan artis yang paling gila glamer?
a)Ziela b)Umi c)Azwan d)Siti Norhaliza

RM 500
Mengikut fatwa ustaz Umno yang mana satukah haram untuk dilakukan?
a)Jadi pengerusi Casino Genting b)Menyertai ratu cantik c)Meyimpan Janggut d)Membuka aurat

RM 1000
Bangunan manakah tidak dibuat dari bahan terbuang kualiti rendah?
a)Rumah Kos Rendah b)PULAREK c)Rumah Flat d)Putra Jaya

RM 2000
Manakah satu usaha demonstrasi jalanan tanpa permit
a)Menentang Malayan Union b)Reformasi c)Perarakan Warna Malaysia d)Perhimpunan UMNO

RM 4000
Kertas litmus digunakan untuk...
a) menguji asid air pancutan FRU b) Buat surat kabar c) dibawa ke tandas d) membungkus tempe

RM 8000
Hakim Yusof Chin tidak pernah...
a)Bercuti di New Zealand b)Jadi Hakim Ratu Cantik c)Jadi Ratu Cantik d)Beli tiket kapal terbang

RM 16 000
"Pembakaran terbuka" bermaksud...
a) Membakar Bilik Guru b) Membakar Rumah Guru c) Membakar Rekod Sekolah d) Membakar Kereta Guru

RM 32 000
Berapa kalikah tuduhan ke atas DSAI dipinda?
a) 3 kali b)2 kali 5 c)99 kali d)99.999 kali

RM 64 000
Apakah itu "hantaran" dalam budaya Melayu?
a) wang upah loncat parti b) cenderahati perkahwinan c) wang upah mengundi d)hadiah pelancongan ke New Zealand

RM 128 000
Perdana Menteri kuku besi juga dikenali dengan nama
a)Mahafiraun b)Mahazalim c) Mahamalafidey d)Mahadebt

RM 250 000
Buku yang mencecah Boxoffice pada tahun 1997 adalah...
a)50 Dalil b)Shit c)Buku Talipon d)New Deal & Big Deal

RM 500 000
Yang manakah penghijrahan ahli paling ramai antara tahun 1998-2000.
a)UMNO ke PAS b)UMNO ke S46 ke UMNO c)UMNO ke KeAdilan d)UMNO ke MIC

RM 1 000 000
Apakah bukti kejayaan perlaksanaan Pendidikan Seks dalam KBSM?
a) Seks di Taman Bunga--Sabah b) Seks di Bumbung--Kedah c)Seks Bawah Umur--Melaka d)Khalwat Saksi Utama Kes seks--(Lupa tempat)


Jawapannya.............................selepas ini!

Rabu, Februari 06, 2002

PERAHU YANG BOCORPosted by Harimau Lembik44
Satu pagi kelihatan sebuah perahu penambang melintasi Sungai Kelantan. Selain dari pendayung,terdapat tiga orang penumpang, 1) Seorang Guru dengan fail pelajarnya, 2) Seorang Murid dengan beg yang sarat dengan buku dan 3)YB Kuli dengan satu beg galas misteri. Ditengah perjalanan pendayung mendapati perahunya bocor. Lalu dia merayu, tolonglah kurangkan berat sampan ini.
Mungkin kita boleh sampai ke tebing."

Tanpa berfikir panjang murid sekolah membuang begnya yang penuh dengan buku. Murid itu berkata, "Buku seperti ini boleh didapati dengan banyaknya di stor sekolah." YB Kuli pun berfikir dia tidak mahu malu dengan murid itu, lantas dia membuang beg galas yang penuh dengan kain batik dan pelikat. Kain-kain itu sebenarnya hendak digunakan untuk memancing undi orang di kampung seberang. YB Kuli berkata, "Kain seperti itu boleh didapati dengan banyaknya di stor UMNO."

Kini semua mata memandang ke arah guru dan failnya yang masih belum membuat sumbangan. Guru itu tersenyum dan menolak YB Kuli ke dalam sungai. Guru itu berkata, "Ahli politik seperti itu boleh didapati dengan banyaknya di stor UMNO."

lawak online dipetik dari utusan online

LAWAK 1

Ada sorang Mat Rock ni dengan seluar koyak rabaknya tengah tunggu keretapi nak balik Ipoh kat stesyen Alor Setar. Tengok jam dah pukul 7.30 Maghrib dah masuk ni. So mamat ni pun pergi la surau yang ada kat situ. Tapi bila sampai surau tu yang adanya cuma sorang Pak Aji. Tanpa berlengah lagi Pak Aji ni pun jadi la Imam, so mamat ni pun jadi makmum. Dua orang aje la semayangnya. "Allahuakbar!", Pak Aji angkat takbir, "alamak..tak khusyuk pulak",kata Pak Aji. Jadi Pak Aji Angkat lagi takbir "Allahuakbar!", tak khusyuk jugak... ada la dekat 10 kali... so Mat Rock ni pun fedup dengan Pak Aji ni lalu berkata... "Pak Aji kasi saya pulak la jadi Imam"... so Pak Aji ni pun setuju la... memandangkan dia pun tak berapa nak Khusuk. Jadi Mat Rock ni pun angkatla takbir..."Allahuakbar!"..., tapi lepas tu Mat Rock ni toleh belakang dan berkata kat Pak Aji, "Tengok Sekali Je...!", Kata Mat Rock tu dengan penuh konpiden dan terus semayang sambil Pak Aji terus terpinga-pinga...

LAWAK 2

"MEMALUKAN!Kenapa kamu bergaduh dengan Ahmad?" marah emak. " Dia mulakan dulu.Mat baling batu kat saya,saya baling balik," kata Adam. " Sepatutnya sebelum baling panggil mak dulu." " Kenapa pulak?" tanya Adam. " Mak baling lebih tepat."

LAWAK 3

Pada suatu hari dalam kelas:- cikgu:siapa yang mengaku dia bodoh sila berdiri seluruh kelas senyap sahaja,tiba-tiba seorang murid bangun,cikgu:awak mengaku awakbodoh,murid: tak,saya kesian tengok cikgu berdiri sorang-sorang

LAWAK 4

DALAM PERJALANAN PULANG DARI MASJID, SAYA LIHAT SESEORANG MENGEKORI SAYA DENGAN WAJAH YANG BENGIS. DISATU TEMPAT YANG SUNYI, BAHU SAYA DIPEGANG OLEH ORANG TADI. SAYA TERUS MENJERIT DAN ORANG ITU PUN BERTANYA KEPADA SAYA, "KENAPA MENJERIT???". "AWAK PEGANG BAHU SAYA???. DIA BERKATA, " KASUT SAYA". LAA SAYA TERTUKAR RUPANYA.

LAWAK 5

Satu kemalangan jalan raya, ketika itu Pak Ali melalui jalan tersebut dan melihat ramai orang. Dia ingin tahu siapa terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi tiada ruang . Dia mendapat akal dan berteriak " wei.. tolong beri laluan, saya adalah bapa mangsa.Ada suara mengatakan"ooooo bapak kambing".Mangsa seekor kambing.

LAWAK 6

Setelah puas menganggur,akhirnya Ali mendapat tawaran kerja di Zoo berlakun sebagi harimau(pakai topeng harimau-kerana harimau betul sakit). Suatu hari ketika sedang membuat pertunjukkan dia terjatuh dalam kandang harimau yang satu lagi.Mati la aku hari ni. Harimau satu lagipun berkata kita sama la ngok!


Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com