Zaman pun dah berubah. Reformasi tidak fesyen lagi. Lawak-lawak ini mengembalikan nostalgia reformasi. Musuh tetap musuh. Kawan tetap kawan. Ada kawan dah jadik musuh dan ada musuh dah jadik kawan. Adakah lawak ini masih releven?
MASS MEDIA 101 by 56Negara
Everything I Need to Know, I Learned from News on Local TV.
1. In Malaysia, we do it the other way around. TV stations interupt words from the sponsors in order to air words from the PM.
2. The spokepersons of the public are three people on the streets. The opinions of 3 people on the streets are representing the opinion of the whole population of this nation.
3. Your TV will turn to "mute" mode if the stations air footage of Nik Aziz giving a speech.
4. What the PM has to say is more urgent than suffering caused by a flood, landslide, plane crash and building collapse combined.
5. The best time to question conducts of your rivals, is when they are not able to answer the questions. Who will listen to prisoners?
6. Video clips of patriotic songs with faces of our ministers are high in the chart of the most frequently requested songs.
7. We are able to overcome the problem of lack of quality local TV programs. TV stations have aired old footages of PM's speeches repeatedly to fill in local program slots.
8. It's not necessary to air azan Isyak in order to give way to performance of cultural dance at Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.
9. Ministers are expert geologists. That's why they are called for Ground breaking ceremonies.
10. It's okay to use the goverment resources such as RTM and Majlis Bandaran for political advantages.
11. Repeat what your boss had said, and you'll be rewarded.
12. When you are in deep shit, make Statuatory Allegations (Pengakuan BerkUnun) against others to save your skin.
13. Cost of raw materials, and supply & demand have small role in determining the price of goods. If the price hasn't increased for a long time, it should be increased.
14. Japan has Look SouthEAST policy. Cartoons from Japan can speak Bahasa Melayu.
TAHUN MELAWAT LANGKAWI 2020 by Lang
29 Nov. 2020 Satu lagi tarikan pelancong di rasmikan hari ini di Pulau Langkawi. Kini, Langkawi menempatkan Kompleks Makam Keramat Terbesar di dunia. Projek Makam Keramat Haji Mahder (pengasas Tarekat UMNO Baru)ini telah berjaya memecahkan rekod Makam Terbesar di dunia yang selama ini di pegang oleh Firaun di Mesir. Tender projek ini dimenangi oleh waris Haji Mahder sendiri. Difahamkan, anak beliau sering mendoakan beliau mati cepat agar projek tersebut boleh disegerakan. Sebelum Haji Mahder menghembuskan nafas akhir kerana sakit jantung pada awal abad ke 21, beliau sempat merasmikan upacara pecah tanah untuk projek mega kebanggaan rakyat ini. Projek RM20 billion ini ditampung pembinaannya melalui hutang dari kerajaan Jepun.
Untuk memastikan Makam Mahder dilawati pelancong, ianya ditempatkan di sebelah Makam Mahsuri. Ini bersesuaian dengan ajaran Haji Mahder yang sering menggunakan personaliti popular sebagai umpan untuk menarik orang ramai melawat beliau. Kesetiaan pengikut-pengikut beliau tiada berbelah bahagi. Dato Berahim Ali sendiri telah menempah lot liang lahad bersebelahan Makam Haji Mahder. Lot-lot berdekatan juga habis ditempah oleh pengikut fanatik yang lain. Pengikut elit ajaran UMNO Baru mengunjungi makam keramat ini ketika membuat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan pemimpin atau pembahagian saham. Ini bersesuaian dengan tradisi penyerahan keputusan kepada pemimpin tertinggi dalam ajaran Tarekat UMNO Baru. Antara jasa Haji Mahder kepada Langkawi adalah menabalkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Ini membolehkan pedagang-pedagang dari Eropah dan Cina
berjual-beli arak dan rokok dengan murah.Dalam lipatan sejarah, Langkawi dikenali sebagai Padang Jarak, Padang Tekukur kerana dilanggar tentera Siam. Tetapi kini Pulau ini lebih dikenali sebagai Padang Arak, Padang Rokok. Oleh itu, jangan lupa melawat Kompleks Makam Mahder bersama keluarga jika anda melancong ke Langkawi.
GOLDEN DREAMSPosted by Joker
PERADUAN BENSEN & EDGES GOLDEN DREAMS mengundang anda untuk menyertai program kami bagi merealisasikan impian keemasan anda melalui hadiah kami. Sila lihat senarai pemenang-pemenang 1999.
Pemenang Saguhati: Judge Afipin Jaka Sembung
Impian Emas: "Saya ingin lari dari tekanan peguam Anuar."
Hadiah: Doktor memberinya MC sehingga tarikh yang tidak dapat dikesan. MC itu kami dapat dari Klinik Doktor Mahadey, Alor Setaq.
Pemenang Impian Gangsa: Umei HalffilldaImpian Emas: " I nak jadik anak PM"
Hadiah: Kami telah perkenalkan Umei dengan PM. Kini, PM sayang Umei macam anak sendiri sehingga ayah Umei yang original terpaksa buang Umei. Sehubungan dengan dengan tradisi nama anak PM bermula dengan "M" (Malina,
Mirjan, Mockzan dsbg), Umie kini bergelar "M"UFLISa.
Pemenang Impian Perak: Berahim KatakImpian Emas: "Ambo mahu cium Punggung PM"
Hadiah: Kami telah usahakan untuknya satu jawatan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang membolehkan beliau berdamping dengan PM lantas melaksanakan impiannya. Kini beliau menjadi orang kesayangan PM.Kemana saya pergi mesti
bawa, macam seluar dalam, "Never leave home without it!"
Pemenang Impian Emas: Mahadey Mamat
Impian Emas: "Beta mahu ..apa nama...jadi PM glamour Seantero Dunia"
Hadiah: Kami telah usahakan berpuluh-puluh laman internet yang ditujukan khas untuknya. Semua kenyataannya mendapat ulasan dengan detail! Hasil dari promosi ini, ratusan ribuan manusia seluruh dunia menyebut namanya kerana kini beliau sudah terkenal setaraf dengan Firaun.
Anda juga boleh jadi pemenang dan mencapai impian keemasan anda Bensen & Edges Gloden Dream 2000. Lengkapkan kenyataan ini.Impian saya
adalah:...........
Lengkapkan slogan: Saya SAYANG BN kerana...... (Tidak lebih 15 patah perkataan)..Hantarkan kepada kami sebelum 29 Nov. 1999.
WANITA AMENO adapted from Al-Huseyn's ArticleMakcik adalah wanita AMENO jika
:
10)Bila makcik tua kerepot, makcik masih pakai mekap macam pengantin.
9)Bahu makcik memakai tudung, kepala makcik terdedah.
8)Makcik gemar pakai kain merah, baju putih dan spender merah cap keris.
7)Makcik pakai rambut palsu kemana sahaja makcik pergi.
6)"Makcik" mencabar PAS untuk berdebat tapi "makcik" tidak berani berdebat.
5)Makcik selalu bercakap & bermesyuarat,tapi tiada tindakan.
4)Makcik sidai kain merah putih dan bergambar kris didepan rumah.
3)Makcik tidak bertegur sapa dengan bekas ketua wanita AMENO.
2)Makcik dikenali sebagai Radio Kampung, Lebuhraya Maklumat, atau Koridor
Raya Multidakyah Kampung.Trrrrttttttt.... (drum roll)...jeng..jeng....
1)"Makcik" menggubal keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Ketua Wanita
AMENO.----------------------------------------
TANDA ORANG BERBOHONGPosted by Suang
Baik di TV, suratkhabar, mahupun dalam perhimpuan bersama rakyat, orang BN mula menabur pembohongan. Pakar-pakar komunikasi dan bahasa bersepakat bahawa pembohongan boleh dikesan melalui gerak badan seseorang apabila dia bercakap BOHONG. Sebagai contoh, mata orang yang berbohong TIDAK BOLEH memandang tepat kepada orang yang berbicara dengannya dan tangan orang yang berbohong pula agak KAKU. Namun begitu, Umie Hapilda adalah seorang yang petah bicara. Dia dapat menyembunyikan tanda-tanda pembohongan. Begitu handal dia berbicara, dirinya sendiri percaya pembohongan yang
diluahkan.TETAPI, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Seorang pakar komunikasi berjaya mengesan tanda isyarat badan pembohongan pada Umie Hapilda. Kata pakar itu, " Tanda Umie Hapilda pembohongan adalah, apabila dia bercakap bohong, BIBIRNYA BERGERAK."
HANDPHONE by Halilintar Putih
Seorang bekas tukang kebun yang menjadi calon BN pada Pilihanraya 1999 telah berjaya mendapat pangkat YB melalui sogokan kepada pengundi & pengundi hantu. Berikut adalah perbualan beliau dengan salah seorang ANAK PENYOKONG BN yang baru meninggal dunia.
YB: Sekarang aku dah menang. Nah! Ambil handphone yang aku janjikan pada ayah kau.
ANAK PENYOKONG: Ayah saya baru meninggal dunia, tidak dapatlah dia merasa pakai handphone ni.
YB: Aku mahu kau tanam handphone ni bersama mayatnya.
ANAK PENYOKONG: Eh..dalam kubur ada "line" ke YB?!
YB: Mesti ada. Maklumlah...Celcommmmmm.
ANAK PENYOKONG: (Dalam Hati) Apasal bapak aku sokong calon camni?!
Harris Maulana
Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.
Sabtu, Mei 25, 2002
MAMAK BALIK INDIA from AMD
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : "Apa yang suka sangat Mamak ni?"
Mamak : "Saya bini juga surat India mari".
Ali : "Apa dia cakap? Tentu good news"
Mamak : "Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo, saya banyak suka hatila. Saya belanja free minum jugak!"
Ali : "Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : "Yala, saya sudah tiga tahun tarak balik."
Ali : "?????????????"