Aku kenal Mr.G kerana dia mengajar aku Ko-Kurikulum teater dan juga kelas Bahasa Inggeris di UTM. itu dulu. Baru-baru ini aku berpeluang kembali ke UTM untuk seminggu. Terserempak dengan Mr. G yang kebetulan sedang terlibat dalam pengambaran filem pendek. Ada kaitan juga dengan hobi aku. Aku pun tag along.
Aku juga minat penulisan blog Tok Rimau. Selalu mengikuti tulisannya bila ada kesempatan. Kadang-kadang kelakar. Kadang-kadang menyentuh hati. Tapi always tought provoking. Tapi sekarang dia sudah privatekan blog dia. Tidak semua orang boleh baca.
Berbual punya berbual, rupanya Tok Rimau dan Mr. G adalah orang yang sama. Rupanya Mr.G hidup dalam dua identiti berbeza. Macam Bruce Wayne dan Batman orang yang sama.
Blog aku sudah lama tidak update. Pertemuan dengan Tok yang aku anggap macam mentor, membuat aku bermotivasi untuk menulis semula. Kali ini biar lebih seru! Lebih beerti! Tidak compile artikel dari spam mail sahaja. So, terimakasih Tok Rimau. Semoga Tok dirahmati Tuhan. Amin.