Harris Maulana

Freelance creative director for indie project only. Di masa lapang, gua gosok daki dunia. Dunia ini pentas sandiwara, dan gua cuma pegang watak Hang Kebun.

Kamis, Februari 26, 2009

Diari Harimau Jadian

Aku patahkan kandang kerbau Pak Hassan Balau dan aku tarik kerbau kesayangannya ke pinggir hutan. Aku tahu, Pak Hassan pasti mencari. Kalau Kerbau itu hilang, rosaklah rancangannya buat kenduri besar-besaran untuk kahwinkan anak bongsunya bulan depan.

Masa aku mengendap Pak Hassan Balau merayap mencari kerbaunya sambil menebas-nebas belukar, jantung aku berdegup-degup. Aku suka detik ini. Detik di mana aku merendahkan tubuh setinggi rerumput keliling dan memberi tumpuan kepada pergerakan mangsa ku. Detik aku menunggu masa yang sesuai untuk menerkam.

Pak Hassan sudah jumpa kerbaunya. Dia kelihatan gembira. Dia peluk binatang itu. Dia membebel kepada kerbaunya seperti dia membebel kepada anaknya.

Bammmmm! Aku rasa sengatan di peha. Aku lihat ke kanan, ada orang sedang mengisi peluru ke dalam senapang. Renjer. Dia telah menembak aku dengan peluru penabur. Cis! Aku terus lari meninggalkan tempat persembunyian. Meninggalkan mangsa aku.

Bammm! Satu lagi tembakan dilepaskan tetapi aku sudah jauh. Aku lihat keseriusan luka pada peha aku dan lari balik ke rumah. Aku bertukar jadi manusia semula. Aku basuh peha aku yang berdarah. Sekurangkurangnya ada 10 butir.

Aku cungkil biji-biji peluru itu dengan kuku. Darah mengalir tapi tidak banyak. Peluru ini kalau kena ayam hutan mungkin la mati ayam hutan. Dari jarak tembakan renjer kepada aku, peluru ini masuk tidak dalam. Tetapi cukup buat aku jalan berdengkut beberapa hari. Aku balut luka dipeha dengan kain batik.

Tiba-tiba ada orang bagi salam di luar. Suara Pak Hassan. Aku suruh dia masuk. Dia kata dia takut mahu balik malam buta sebab ada orang cuba bunuh dia tadi katanya. Renjer tembak aku disangkanya ada orang cuba bunuh dia.

Aku tanya samada dia sendiri. Dia kata ya. Ah pucuk dicita ulam mendatang. Aku minta dia datang dekat dengan aku.

Label:


Senin, Februari 02, 2009

STORYTELLING



Biasanya suprise dengan keajaiban. Iklan ini suprise kita dengan kebiasaan. Brilliant.

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com